berita

Anugerah Juara Lagu 35 Ditunda Kerana PKP

January 12th, 2021 | by AnisAffandi
Kini Trending

Sebelum ini Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) dijadualkan bakal bersiaran secara langsung pada 7 Februari 2021 di Auditorium MBSA Shah Alam tanpa kehadiran penonton sesuai dengan norma baharu ketika negara berdepan pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan: Tanpa Kehadiran Penonton, AJL35 Bakal Dirai Dalam Norma Baharu Pada 7 Februari Ini

Artikel Berkaitan: ‘Juri Sama Je Setiap Tahun, Tukarlah!’ – Ramai Tak Puas Hati Pemilihan 12 Lagu Ke Final AJL35

Namun demikian, menerusi satu kenyataan media oleh pihak AJL35, anugerah tersebut terpaksa ditunda berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin yang akan bermula pada 13 Januari 2021.

Perlukan tenaga kerja yang ramai

Menerusi kenyataan itu juga, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Dato’ Khairul Anwar Salleh berkata, beliau dan Penerbit Eksekutif AJL35, Puan Huda sememangnya berharap agar PKP tidak dilaksanakan agar AJL35 dapat berlangsung seperti yang dijadualkan.

Tempoh 14 hari PKP akan mengekang tugas-tugas persediaan AJL35, terutamanya kerja-kerja pembinaan pentas dan set lain.

Hal ini kerana, kerja-kerja pembinaan tersebut memerlukan tenaga kerja yang ramai. Oleh yang demikian, pihak AJL35 memutuskan untuk menunda AJL35 ke tarikh yang akan diberitahu kelak, sebaiknya tempoh PKP ditamatkan secara rasmi.

Kami memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat, mahupun secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan AJL35 ini.

Pihak AJL35 juga berharap agar semua rakyat akan patuh PKP demi kebaikan dan keselamatan semua pihak.

SKIP THIS AD ×