berita

Anzalna Nasir Difitnah Buat Pembedahan Muka

May 20th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

ANZALNA-AKU-ISTERINYA-6

Cantik salah, tak cantik pun salah. Mungkin inilah nasib yang terpaksa ditempuhi oleh selebriti tanah air kita. Akan ada saja suara-suara sumbang yang mengatakan mereka ini buat pembedahanlah, gambar superimpose dan sebagainya.

Terbaru, khabarnya pelakon jelita, Anzalna Nasir turut terkena tempias yang sama apabila ada individu tidak bertanggungjawab melemparkan fitnah dia melakukan pembedahan ke atas wajahnya.

Mungkin berang dengan tindakan peminat tersebut, Anzalna bertindak memuat naik sebuah foto di laman sosial Instagram miliknya dan memberitahu tuduhan  individu tersebut adalah ftnah semata-mata.

anzalna difitnah

Fitnah tersebut merupakan perbualan individu tersebut dengan rakannya di laman sosial Twitter, namun perkara itu telah tersebar dikalangan peminat Anzalna sendiri.

Dek kerana itu, ramai peminat Anzalna turut berang dan menasihati pelakon drama ‘Aku Isterinya’ ini supaya mengambil tindakan undang-undang.

Namun, Anzalna bukanlah seorang selebriti yang cepat melatah, malah dia turut membalas komen peminatnya dan meminta peminatnya tidak berbalah tetapi saling menasihati antara satu sama lain.

Anzalna nasihat

Kasihan Anzalna. Apapun, kami harap perkara ini dapat diselesaikan dengan baik. Semoga Anzalna banyakkan bersabar dan menganggap ianya sebagai asam garam bergelar selebriti.

 

SKIP THIS AD ×