Sempena ulangtahun perkahwinan aktres terkenal Anzalna Nasir dan suami, Hanif Zaki yang ke 3 tahun semalam, mereka telah membuat kejutan dengan menghadiahkan sebuah kereta Mercedes-Benz kepada ibu bapanya.
Perkongsian momen kejutan yang dimuat naik di laman Instagram Anzalna itu mendapat respon yang positif daripada netizen. Rata-rata netizen meluahkan rasa sebak dan inspiring dengan sikap kasih sayang Anzalna kepada kedua ibu bapanya.
“3 years of marriage, and 3 of us this year“
Anzalna yang sedang hamil anak pertama mengharapkan agar perkahwinan bahagia dan kekal selamanya. Kalau sebelum ini, dia meraikan bulan madu dengan menunaikan umrah dengan membawa kedua ibu bapanya. Tapi untuk ulang tahun perkahwinan kali ini, dia membuat kejutan menghadiahkan sebuah kereta untuk ibu bapa tercinta sebagai tanda menghargai pengorbanan mereka.
https://www.instagram.com/p/BuJO3ybA0Un/
Berlakon untuk suprise abah
Melalui video tersebut pada mulanya, Anzalna berlakon kononnya kereta itu dibeli oleh suami untuk dirinya.
“It’s yours!”
Kemudiannya, dia melihat abahnya begitu teruja melihat kereta baru tersebut (sebenarnya kereta idaman abah) dan menyuruh abahnya menaiki kereta tersebut. Saat itulah Anzalna memberitahu bahawa kereta itu adalah milik abahnya.
Netizen touching
Video penuh
Sumber: Anzalna Nasir