Semakin ramai yang mula mengenali artis jelita ini kan? Dengan terlancarnya drama baru yang dibintangi oleh Anzalna seperti “Sirrun (TV9)” dan juga telemovie Aidilfitri, “2 Dalam 1 (TV3)”, Anzalna kini semakin diminati ramai walaupun sebelum ini timbul kontroversi kecil yang agak mengejutkan.
Menerusi laporan mStar Online hari ini, Anzalna mengaku dia tidak boleh berjauhan dengan kekasihnya, Hanif Zaki. Anzalna turut memberitahu bahawa Hanif sentiasa berada disisinya walau dimana jua dia berada tidak kira samada pelancaran filem, penggambaran drama ataupun ke majlis-majlis hiburan.
“Saya akui banyak menghabiskan masa bersamanya dan dia adalah antara orang paling rapat dengan saya. Sikapnya yang rajin dan mengambil berat cukup menyenangkan saya.” – Anzalna Nasir
Bagi Anzalna, dia lebih selesa ditemani oleh orang yang dipercayai dan sanggup berkorban deminya.
“Lebih baik ditemani oleh orang yang kita percayai dan sanggup mengorbankan masa dan boleh bertolak ansur untuk menemani saya.”
Namun begitu, Anzalna yang kini berumur 24 tahun hanya merancang untuk berkahwin bersama Hanif pada usia 26 tahun. Ini kerana mereka masing-masing mahu mengumpul wang terlebih dahulu.
Baguslah kalau begitu, OHBULAN! doakan yang terbaik buat Anzalna ya!