Berdepan situasi sama dengan pelawak dan pelakon Zizan Razak, aktres Anzalna Nasir mendedahkan dia juga mempunyai beberapa rakan yang menghilangkan diri selepas meminjam wang daripadanya.
Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Utamakan Pendidikan, Dah ‘Survey’ Sekolah Anak Sejak Bayi – ‘Saya Nak Berikan Yang Terbaik’
Artikel Berkaitan: Anzalna Nasir Imbau Momen Pertama Kali Jumpa Suami – ‘Dia Lelaki Idaman Yang Selama Ini Saya Cari’
5 tahun hilang
Anzalna atau nama lengkap Nur Anzalna Md Nasir, 37, berkata, dia segan untuk meminta semula wang miliknya kerana menganggap pihak yang meminjam akan sukarela memulangkan semula. Namun, hampir lima tahun berlalu, tiada sebarang khabar diterima.
Saya pun ada kawan-kawan yang berhutang dan tak reti bayar. Saya senyap sebab malu nak minta. Ingatkan mereka boleh fikir sendiri, tapi masing-masing senyap juga.
Dah lima tahun dah senyap, mungkin dah meninggal kot (seloroh), sebab itu senyap je.
Anzalna berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instgaram Story beserta sebuah berita mengenai Zizan yang mendedahkan berdepan kerugian hampir jutaan ringgit disebabkan ada pihak tidak memulangkan wangnya.
Dalam pada itu, Anzalna turut berkongsi modus operandi yang dilakukan oleh si pemiutang untuk meminjam wang daripadanya.
20 tahun tak berhubung, tiba-tiba muncul, ingatkan rindu, rupanya nak pinjam duit.
Bila dengar cerita merintih dia, saya pun jadi kesian, terus bagi pinjam duit. Lepas dapat duit terus hilang. Hebat hidup awak.
Sumber: Instagram