berita

‘Apa Anak Akan Tanya’ – Isteri Meninggal Dunia Bersama Kandungan, Suami Luah Rasa Pilu

October 21st, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Siapa sangka, kegembiraan menyambut kehadiran insan baru hancur sekelip mata apabila ibu dan anak dalam kandungan pergi buat selamanya.

Artikel berkaitan: ‘Jantung Ibu Dah Drop..’ – Ibu Muda Sarat Hamil ‘Pergi’ Bersama Bayi Dalam Kandungan, Sebak!

Suami, Bulat Shahidan menerusi status di Facebook meluahkan rasa sayu dengan pemergian isteri tercinta. Lebih menyentuh hati apabila anak sulung mereka yang baru berusia empat tahun turut kehilangan kasih sayang seorang ibu.

Satu-satunya harta ayah ada

Assalammualaikum buat isteri yang ku sayang. Terlalu berat ayah nak pikul seorang diri demi anak kita Aisy Hafiy. Satu-satunya harta ayah yang ada. Kita mula kenai di satu tempat kerja yang sama. Kita bertunang dalam masa yang cepat. Sebab masa tu ayah rasa dah memang pilihan ayah. Bila ayah jumpa ibu memang hati ayah berkta memang ibu la orang yang selama ini ayah cari. Mula ibu malu dan takut sebab takut ayah mainkan perasaan ibu tapi ayah buktikan cinta ayah pada ibu.

Ayah balik kerja cerita dekat mak ayah dah jumpa calon isteri yang betul-betul baik. Mak pun setuju. Kita pun bertunang pada tahun 2014 raya ke-3. Lepas bertunang tempoh yang ayah dapat adalah 1 tahun. Ayah takut sebab tak cukup duit. Tapi semua tu berjalan dengan lancar. Pada 14/12/2015 kita berkahwin, masa tu ayah dah hilang kerja duit memang dah tak ada dah ni. Sampai motor pun orang bagi pinjam untuk guna harian. Ibu la yang kerja cari duit apa semua untuk keluarga kita.

Memang ibu tak pernah rasa penat cari duit. Ayah betul-betul terasa sebab ayah tak kerja ibu je yang kerja. Dapat je gaji mesti habis. Ibu tak pernah nak mintak beli apa-apa dekat ayah. Ibu cari duit untuk beli barang ibu sendiri tak pernah nak cakap nak barang yang berharga ke apa ke cuma ibu cakap ada rezeki ibu nak beli sendiri dengan duit ibu sebab ibu tahu ayah kerja duit betul-betul cukup makan.

Tiba-tiba ibu batuk-batuk

Pada 16/12/2016 lahir la seorang putera ayah Aisy Hafiy. Macam-macam dugaan kita sayang masa nak bersalin anak yang sulung. Sampai kena hantar ke Ipoh 3 minggu ayah tidur apa semua dalam kereta. Ayah tak kisah sebab ayah tahu ibu kuat semua tu. Pada 2020 ayah dapat berita yang ibu dh mengandung ayah seronok sangat sebab baby yang dalam perut tu perempuan. Ibu happy sangat sebab ada kawankan. Dari mula ibu bawak perut sampai la 13/10 ibu pi klinik sendiri bawa motor dengan anak sebab ibu faham ayah kerja.

Tiba 16/10/2020 ibu batuk sikit-sikit ibu siap cakap mungkin dah hujung ni alah tu mai. Tak apa la ayah pun ok la. 17/10/2020 pagi ayah sedar tidur tengok muka ibu terlalu pucat. Ayah dah pikir lain dah. Terus bawak ibu ke hospital. Bila ibu duk dalam kecemasan doc bagitahu jantung ibu betul-betul slow. Nafas ibu pun slow. Doc scan baby tak nampak jantung kali ke 2 pun tak nampak masuk yang ke 3 baru nampak dan ayah dikejutkan berita yang tak elok. Anak dalam perut dah tak ada rasa nak luruh jantung ni ibu. Doc cakap kami dahulukn mak dulu. Ayah terima dengan hati ynag reda yang anak dah tak ada.

Betul-betul berat dugaan Allah bagi

Selepas dah keluarkan baby depa pindah ibu ke wad c2 icu. Doc cakap ibu kritikal. Ayah tak boleh nak kata apa dah. Ayah p mandi apa semua. Pada 9.30pm doc call cakap jantung ibu dah berhenti. Masa tu ayah seorang dekat situ tak ada siapa yang datang lagi. Ayah kuatkan semangat call semua adik beradik ibu dan ayah. Bila tiba pada 10.35 doc bagitahu yang ibu dah tak ada. Ayah dah tak boleh kawal dah perasaan ni. Hanya Allah swt sahaja yang tahu. Ayah cakap betul memang ayah tak boleh terima yang ibu/anak dah tak ada. Betul-betul berat dugaan Allah bagi dekat ayah. Sebab nak jagakan anak yang masih 4 tahun 10 bulan ibu. Ayah cuba untuk kuat demi anak kita dan cinta kita. Selepas dah selesai semua dekat hospital dan dekat tanah perkuburan Kg Cheh Bukit Gantang.

Ayah tak boleh nak bayang apa yang anak akan tanya. Ayah cuba bagitahu anak kita dia tahu ibu dan baby dah tak ada tapi dia tak faham apa ibu dah tak ada. Ayah rasa nak nangis ibu dalam sekelip mata ayah kehilangan 2 nyawa yang ayah tak boleh lupakan sampai habis nyawa ayah. Ayah janji ayah akan jaga amanah ibu sampai habis nyawa ayah. Wajahmu masih terbayang di mata dan di hati. Ibu la yang awal ibu la yang terakhir buat ayah. Ayah akan besarkan anak dengan penuh kasih sayang ayah akan cuba jadi ibu/ayah buat putera kita.
Al-fatihah buat isteriku yang tercinta
Al-fatihah buat puteri ku (anak syurga untuk kamu dan ibu)
Akan ku ingat sampai bila-bila 18/10/2020..

Sumber: Bulat Shahidan

The following two tabs change content below.

×