berita

‘Apa Korang Rasa, Kalau Mak Bapak Masih Ada Tapi Dipanggil Arwah?’ – Ara Terima Mesej Ugutan Netizen

April 29th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Selepas dikecam netizen berkenaan memuatnaik video pendek dalam wayang yang dipercayai filem  Avengers: Infinity War, Ara Johari tampil mengakui kesilapan. Penyanyi ini menyedari tindakannya merakam filem ketika dalam tayangan di pawagam itu menyalahi undang-undang. Malah, dia tiada niat lain dan sekadar mahu merakam suasana dalam pawagam itu saja.

Artikel berkaitan: ‘Suka Hatilah Nak Upload Apa Pun’ – Netizen Bengang Ara Johari Muatnaik IG Story Dalam Wayang

Ara juga menerima mesej berbaur ugutan yang melibatkan mak ayah penyanyi ini. Ini respon padu Ara Johari apabila dia bengang terima kutukan melampau netizen.

Saya minta maaf

Saya meminta maaf kepada semua pihak terbabit, dan mengaku membuat kesalahan besar. Durasi video itu cuma 15 saat saja, dan saya rakam skrin serta keadaan di sekeliling. Kata-kata kesat seperti anjing dilemparkan segelintir netizen terbabit. Ada juga tegur secara baik. Selepas ini, saya akan lebih berhati-hati agar kejadian sedemikian tidak berulang lagi.

Susulan perkongsian rakaman itu di Instagram miliknya, dia telah terima banyak mesej peribadi (DM) daripada netizen yang memarahi perbuatannya termasuk menggunakan perkataan kesat. Malah, penyanyi ini turut memuat naik status berbaur provokasi apabila mengatakan hak untuk berkongsi apa saja di akaun media sosial, sekali gus menambah lagi kemarahan netizen.

‘Kau Tak Layak Beli Tiket Wayang Selagi Kau Tak Minta Maaf’

Ara telah terima mesej berbaur ugutan pada ruang komen akaun Instagram. Dia juga dilabel sebagai ‘artis sampah’ dan kurang ajar. Lihatlah apa respon penyanyi ini, memang padu habis!

Sumber: Ara Johari

SKIP THIS AD ×