berita

Apa Lagi Yang Kurang Pada Saya? – Arja Lee Sentap Individu Lain Caras Hak Miliknya

April 30th, 2014 | by Ai
Isu & Kontroversi

Arja-Lee-Mengaku-Sukakan-Pelakon-Baharu

Beberapa hari lepas, pelakon Arja Lee secara tiba-tiba memuat naik sekeping foto yang mengandungi ayat berbaur marah terhadap seseorang di Instagram.

Dari apa yang ditulis, ramai mendakwa status yang ditulis Arja itu berkait rapat dengan hubungan percintaannya. Al-maklumlah, Arja kini sedang bercinta dengan seorang pelakon baru di bawah nanungan MiG iaitu Shima Anuar.

arja lee-1

Namun setelah mendapatkan penjelasan daripada Arja sendiri, barulah kami faham bahawa pelakon itu sebenarnya terasa hati dengan sebuah pihak produksi.

Ya, memang saya sentap. Tapi bukan dengan individu, tapi dengan a group of people. Saya rasa mungkin dah tiba masanya kita perlu memandang rupa dan bakat. Tapi kalau boleh jangan bermain kotor.

Ditanya apakah pihak berkenaan mengganggu hidupnya, Arja menafikan dakwaan tersebut namun pelakon itu nyata kecewa dengan sesetengah perkara.

Tidak mengganggu tetapi ketidak-adilan itu berlaku. Ini isu cantas-mencantas. Saya rasa tak sepatutnya berlaku. Kerana bagi saya, rezeki pada Allah dan kita berusaha mencari rezeki. I really don’t like this culture. I wanna be a healthy person, kita kena ada budaya yang sihat dalam industri kita. Tolong buang yang kotor, saya tak suka.

arja lee-4

Arja Lee rasa dia handsome. Anda rasa?

Difahamkan, Arja berang kerana watak yang diberikan kepadanya oleh sebuah syarikat produksi tidak semena-mena diberikan kepada orang lain pula.

Saya begitu bekerja keras untuk menjadi seorang pelakon dan penyanyi. Rasanya saya ada apa yang mereka nak, tapi kenapa di saat-saat akhir mereka boleh menukar nama saya kepada nama orang lain. Saya tak puas hati. Saya ada anggota badan yang sempurna, apa lagi yang tak cukup? Kalau dibandingkan saya tak cukup ilmu, saya boleh cari ilmu.

Adakah Arja cuba mengatakan dirinya mempunyai pakej yang sempurna untuk bersaing di dalam industri hiburan tempatan? Ini jawapan Arja:

Alhamdulillah, saya tidak cacat, tidak pekak atau bisu. Orang nak kata saya handsome, adalah rupa juga. Tapi, saya menjual bakat saya, bukan menggunakan rupa semata-mata.

Untuk pengetahuan anda, Arja kini sedang sibuk menjalani penggambaran untuk drama Misiku Kuza musim kedua yang akan ditayangkan tidak lama lagi.

SKIP THIS AD ×