Watak antagonis lakonan Nazim Othman sebagai Amer dalam drama Bukan Gadis Biasa ternyata mencuri tumpuan penonton sehingga ada yang sanggup menghantar mesej negatif kepadanya baru-baru ini.
Namun, dalam episod 24 semalam, watak Amer berjaya membuatkan penonton sebak sebaik sahaja melihatnya sudah insaf dan mengetahui dirinya bukan pewaris sebenar keluarga. Manakala, Rayyan (Remy Ishak) masih menganggapnya sebagai adik walaupun pelbagai masalah pernah dilakukan Amer terhadapnya sebelum ini.
Amer nak pergi jauh
https://www.youtube.com/watch?v=ue-OWp5_h84
Watak Amer mula berubah dan insaf selepas dia membaca satu surat yang diberikan Rayyan kepadanya sewaktu mereka bergaduh di pejabat Raja Muzaffar yang merupakan ayah mereka. Menerusi kandungan surat yang diberikan, Amer menyedari dia bukan darah daging keluarga tersebut. Malah, dia anak luar nikah. Menyedari berita itu, Amer menangis dan kecewa lalu meminta maaf kepada Opahnya iaitu Opah Aminah lakonan Sheila Rusly.
Amer nak minta maaf dengan Opah. Amer tahu selama ini, Amer banyak sakitkan hati Opah, buat salah dengan Opah. Opah, Amer nak pergi jauh dari sini. Amer nak Opah tahu yang Amer dah kesal apa yang Amer pernah lakukan sebelum ini. Opah jaga diri.
Ungkapan kesal dan permohonan maaf yang diluahkan Amer semasa dia berjumpa Opah membuatkan penonton tersentuh. Tambah Amer, dia akan pergi jauh dari keluarga tersebut. Pada masa yang sama, Rayyan tidak mahu Amer pergi, malah mereka perlu menyelesaikan segala masalah yang berlaku bersama.
Kesian dekat Amer
Rata-rata netizen sedih dan kesian melihat nasib Amer semalam. Di samping itu, pujian turut diberikan kepada Jo lakonan Ayda Jebat kerana berjaya membuatkan Rayyan menjadi seorang yang pemaaf dan menerima Amer sebagai adik.
Sumber: Twitter