Drama Bukan Gadis Biasa diterajui Ayda Jebat dan Remy Ishak menjadi bualan hangat penonton atas beberapa isu antaranya komen netizen berkenaan kualiti suntingan dan pemilihan pelakon tidak realistik. Turut terkena tempias adalah watak antagonis lakonan Nazim Othman sebagai Amer. Siap sanggup mesej Nazim lagi tu!
Didoakan menerima balasan kejahatan
Nazim berkongsi satu mesej diterimanya menerusi direct message (DM) Instagram yang mendoakan supaya dia menerima balasan atas ‘kejahatan’ dilakukan dalam drama berkenaan. Tambah individu itu lagi, walaupun hanya drama, Nazim tetap telah melukakan dan menyakiti hati penonton.
Selain meminta aktor tersebut bertaubat, individu itu juga mempersoal jika Nazim tidak terdetik rasa kesal kerana telah membuatkan penonton sakit dan sedih.
Nazim turut bertanya pandangan pengikutnya sama ada pelakon perlu melakonkan watak baik semata untuk dihargai penonton. Setakat ini pos berkenaan meraih lebih 16 ribu likes dan tidak kurang 1 ribu komen.
Watak Amer dipuji berkesan
Walaupun didoakan sedemikian rupa, tidak sedikit peminat drama ini yang memuji lakonan Nazim. Mereka berpendapat mesej tersebut adalah bukti watak Amer yang penuh tipu muslihat itu berjaya disampaikan dengan baik olehnya.
Terhibur dengan tindakan penonton