Viral di media sosial apabila usahawan dan pempengaruh media sosial, Khairul Aming tampil memberitahu kepada umum bahawa produk sambal keluarannya telah diciplak dan dijual oleh individu yang tidak beretika dan berhemah.
Artikel Berkaitan: Produk Sambal Kena Ciplak, Khairul Aming Sudah Kumpul Bukti & Bakal Ambil Tindakan Sepatutnya
Apa salah meniru?
Sorang tolong check mamat ni. Aku menyirap betul baca. https://t.co/i4CkcIbX4a pic.twitter.com/2Qj2Qpk2WC
— ianzainal (@lANZAlNAL) December 28, 2023
Terbaru, ada juga individu yang dilihat menyebelahi perbuatan tersebut dengan mengatakan bahawa tindakan yang dilakukan individu tidak beretika itu boleh diterima kerana dianggap hanya meniru dan bukannya menipu.
Susulan daripada kenyataan tersebut, rata-rata netizen mendakwa kenyataan individu berkenaan sangat tidak masuk akal kerana menyebelahi perbuatan yang salah.
Terdahulu, Khairul Aming dan pihaknya sudah mengenal pasti penjual tersebut dan pihak peguam juga telah memainkan peranan.
Berkenaan dengan isu Sambal Nyet ciplak semalam, kita telah pun mengenal pasti penjual tersebut dan peguam kita telah pun menghantar letter of demand for Infringement of Intellectual Property Rights and Passing Off.
Ada lapan tuntutan yang kita telah senaraikan dan jika mereka gagal penuhi kesemua tuntutan tersebut kita akan bawa kes ini ke peringkat seterusnya. Sambal Nyet telah didaftarkan trademark di MyIPO dan telah diluluskan pada tarikh 2 Nov 2021.
Sumber: Twitter