
Hantaran di platform Threads milik pelakon dan usahawan, Syifa Melvin mencuri perhatian ramai apabila dia berkongsi luahan mengenai doa dan ketentuan hidup.
Artikel Berkaitan: ‘Carilah Duit Sendiri, Suatu Hari Kamu Mungkin Perlu Kekuatan..’ – Syida Melvin ‘Repost’ Pesanan Untuk Anak Perempuan
Artikel Berkaitan: ‘Tidak Pernah Anggap Kamu Jahat’ – Syida Melvin Kongsi Petikan Pasal Aib, Netizen Setuju Jangan Burukkan Pasangan
‘Doa diangkat’ – Syifa Melvin

Menerusi perkongsian tersebut, Syifa, 32, menyifatkan setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan hari ini adalah daripada doa yang pernah dipanjatkan sebelum ini.
Apa yang terjadi hari ini adalah terjawabnya doa-doa kita yang dulu. Walaupun sakit untuk kita telan, tapi itulah rencana Allah yang tak akan bagi kita sakit di kemudian hari.
Perkongsian itu kemudian meraih pelbagai reaksi daripada wargamaya yang rata-rata bersetuju dengan kata-kata yang disampaikan, selain percaya setiap ujian yang berlaku pasti tersimpan hikmah tersendiri.
Namun begitu, terdapat juga segelintir netizen yang mengaitkan luahan tersebut dengan isu melibatkan adiknya, Syida yang telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya.
Rata-rata netizen turut menitipkan doa agar segala urusan keluarga berkenaan dipermudahkan dan diberikan kekuatan dalam menghadapi dugaan.
Terdahulu, peguam yang mewakili Syida mengesahkan pelakon itu telah memfailkan perceraian terhadap suaminya, Syafiq Azim di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, Selangor pada Disember lalu.
Walaupun sebelum ini perbicaraan kes berkenaan pernah ditangguhkan susulan usaha perdamaian antara kedua-dua pihak, namun difahamkan Syida tetap dengan keputusan untuk meneruskan proses perceraian tersebut.
Untuk rekod, Syida mendirikan rumah tangga dengan Mohamad Syafiq Azim Shaheen, 37, pada 19 Januari 2019.
Sumber: Threads







