berita

‘Apa Yang Penting Selesa, Bukan Tengok Jenama’ – Atlet Cilik Papan Selaju Bidas Kritikan Netizen

September 6th, 2018 | by Amat
Kini Trending

Sukan Asia Palembang 2018 telah menyaksikan adik Ian Nuriman Amri mendapat perhatian apabila menjadi atlet paling muda kontinjen Malaysia. Apa yang menarik lagi apabila atlet papan selaju ini memakai seluar sekolah dan tali pinggang jenama Kikilala.

Artikel berkaitan: Pakai Seluar Sekolah & Tali Pinggang Kikilala Di Sukan Asia, Atlet Cilik Malaysia Tarik Perhatian Netizen

Dia sama sekali tidak hairan apa yang dikritik netizen terhadap pemakaiannya itu, malah, dia turut berasa bangga dengan jenama Kikilala yang dipakai dan menganggap jenama itu branded.

Kenapa orang nak berasa kasihan?

Saya pakai Kiki Lala sebab ‘branded’ dan kenapa orang macam nak rasa kasihan pula, ini jenama mahal kot. Malah, saya suka pakai seluar sekolah kerana tahan, kalau pakai seluar track suit cepat koyak apabila terjatuh.

Malah, atlet cilik negara ini menyifatkan netizen tidak perlu berasa kasihan padanya. Dia lebih selesa mengenakan apa-apa pakaian pada dirinya. Tambahnya pula, dia langsung tidak mengambil peduli tentang pakaiannya yang dikatakan tidak sesuai dengan sukan lasak itu.

Biasalah makcik dan pakcik bawang…

Biarlah kalau orang nak ejek ke apa? Biasalah mak cik dan pak cik bawang sibuk hal orang. Apa yang penting selesa, bukan tengok jenama.

Ramai cakap sebab keluarga saya tidak mampu tetapi sebenarnya boleh saja kalau saya nak beli jenama seperti Gucci ke, tetapi sayanglah nak pakai, orang kaya pun mesti tak pakai untuk main papan selaju.

Minat Ian Nuriman Amri dalam dunia sukan papan selaju ini didorong oleh ayahnya. Dia juga sering teman ayah pergi dan menyaksikan sendiri sukan selaju ini. Malah, dia juga gemar menyertai mana-mana pertandingan yang melibatkan sukan lasak papan selaju di Malaysia. Semoga adik Ian Nuriman Amri terus beraksi dan mengharumkan nama negara kita.

Sumber: Metro

SKIP THIS AD ×