Penyanyi Ernie Zakri memberitahu dia tidak berniat untuk masuk campur urusan rumah tangga pelakon Bella Astillah. Tambah Ernie, tujuan dia mengundang Bella untuk berduet lagu ‘Masing-Masing’ baru-baru ini, disebabkan aktres tersebut sukakan lagu berkenaan.
Artikel Berkaitan: Ernie Zakri Bagi ‘Hint’ Bakal Rakam Lagu Dengan Penyanyi Indonesia? Idam Berduet Dengan Raisa
Tiada unsur lain
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Ernie berkata, tiada unsur lain untuknya kaitkan berhubung menyanyi bersama Bella. Menurut Ernie lagi, dia tidak mencampuri urusan rumah tangga orang lain meskipun mengaku tidak menyokong perbuatan merampas suami orang.
Apabila Bella kata dia suka lagu itu, saya ajak dia berduet. Aksi itu hanya untuk meraikan lagu itu. Tiada unsur lain untuk saya kaitkan. Tiada tujuan tersembunyi. Bukan hal saya pun.
Siapa suka penyondol? Kisah yang terjadi itu, kalau boleh, tak mahu komen lebih lanjut. Saya memang tidak mahu mahu campur atau terpalit sikit pun. Sebagai kawan Bella yang hanya berjumpa pada majlis tertentu, saya ucapkan semoga dia berjaya dan doakan kebahagiaan dirinya.
Terdahulu, Ernie bersyukur apabila lagu ciptaan Ade Govinda itu viral dan disukai ramai. Jelas Ernie, tempoh untuk pihaknya mempromosikan lagu tersebut sepatutnya sudah tamat. Namun, mereka biarkan sahaja kerana penerimaan peminat terhadap lagu itu semakin hebat.