berita

‘Apakah Ini Sebabnya Beliau Takut Untuk Berdialog?’ – Dr Maza

July 16th, 2018 | by Amat
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Dr P. Ramasamy memberi cadangan supaya Dr Zakir Naik dihantar pulang ke India kerana dianggap sebagai pengganas. Susulan perkara ini, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin (Dr Maza) mencadangkan agar pendakwah Islam terkenal, Dr Zakir Naik dan Dr Ramasamy berdebat secara terbuka bagi menentukan siapa pengganas sebenar.

Dr Maza juga mendesak Dr Ramasamy menjawab dakwaan dikaitkan dengan kumpulan militan Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE).

Pengganas tiada tempat di negara ini

Status ini dimuatnaik Dr Maza menerusi laman Facebook rasminya, semalam. Malah, dia juga berkongsi status pendakwah yang dikenali Presiden Multiracial Reverted Muslim (MRM), Firdaus Wong berkenaan keratan berita dimana Dr Ramasamy menjemput ahli LTTE, V. Gopalasamy (Vaiko) ke majlis perkahwinan anaknya, tahun lalu.

Vaiko datang ke Malaysia bagi memenuhi jemputan

Vaiko ditahan di lapangan terbang tempatan oleh pihak berkuasa dan disoal siasat selama beberapa jam susulan namanya telah disenarai hitamkan untuk masuk ke negara ini. Firdaus Wong dalam status menerusi Facebook mengajukan soalan buat Ramasamy berhubung perkara ini.

Sumber: SinarOnline

SKIP THIS AD ×