berita

Aprena Manrose Pakai Hoodie Dedah Leher, Netizen Nasihat Paksa Diri Tutup Aurat

December 21st, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

aprena manroseee

Tindakan pelakon Aprena Manrose hanya mengenakan hoodie dan topi sehingga menampakkan bahagian leher telah menimbulkan perasaan risau dalam kalangan peminat di media sosial.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Nelydia Senrose Syukur Dapat Suami Matang, Berubah Banyak Dari Cepat Memberontak

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aprena Manrose Pernah Terdetik Nak Buka Tudung Tapi Selalu Ingat Pesanan Bapa – ‘Kalau Sempat Taubat Bagus, Kalau Tak?’

Nak buka tudung ke?

aprena manrose

Menerusi hantaran di Instagram (IG), Aprena dilihat memuat naik beberapa foto ketika hadir ke Cycling Classes bersama pelakon, Wanna Ali.

Bagaimanapun, perkongsian itu menjadi persoalan tindakan aktres berumur 30 tahun itu sama ada memberi petanda bakal membuka hijab.

Namun, rata-rata pengikut membantah sekiranya pemilik nama Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman berniat untuk menanggalkan tudung.

Nasihat mereka, menutup aurat adalah wajib ke atas setiap Muslim. Selain itu, ada juga mengingatkan untuk tidak melayan dengan godaan syaitan dan belajar menutup aurat meskipun diri rasa ‘terpaksa’.

Pakai tudung sarung pun dah okey. Saya harap kekal istiqamah. Menutup aurat ini memang wajib, bukan pilihan.

Semoga istiqamah. Nak masuk syurga Allah itu mahal. Hanya yang terbaik sahaja dipilih tanpa hisab. Cuma kadang-kadang tak tahu nak pilih masuk neraka dulu kemudian masuk syurga atau terus masuk syurga. Pilihan di atas Aprena. Moga yang baik-baik sahaja.

Harap terus bertudung sebab lagi comel. Jangan kecewakan peminat.

Jangan freehair. Awak terlalu cantik pakai tudung. Satu nak pesan neraka itu sangat panas dan sehelai rambut seribu tahun dalam neraka.

APRENA 4

Dalam pada itu, tidak kurang juga ada yang mula memerli alasan yang bakal ‘keluar’ sekiranya anak kepada penyanyi dangdut terkenal, Iwan nekad ‘freehair.’

Iman tak kuat katanya. Nak jadi diri sendiri katanya.

Jalan cerita sama saja. Saya nak jadi diri sendiri.

Bila tudung terbang salahkan netizen sebab tak doakan yang baik-baik.

Terdahulu, sepupu kepada Uqasha dan Nelydia Senrose mengakui hatinya pernah berbolak-balik untuk kembali tidak berhijab selepas mengambil keputusan menutup aurat sekitar dua tahun lalu.

Katanya, bukan senang nak istiqamah kerana ada cabarannya. Banyak beristighfar dan niat pakai tudung kerana Allah SWT.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×