Pelakon Nelydia Senrose akui banyak perubahan diri berlaku selepas berkahwin dengan suami, Mohd Hafez Halimi.
Artikel Berkaitan: Nelydia Senrose & Suami Tunai Ibadah Haji
Dapat suami tenang
@nasrulnuddinnasri Temubual bersama Nelydia Senrose & suaminya, Hafez Halimi dalam program Wanita Hari Ini di TV3. #NelydiaSenrose #MalaysianActressSeries ? bunyi asal – Nasrulnuddin Nasri
Berkongsi ketika ditemu bual di program Wanita Hari Ini, Nelydia, bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang matang dan ikhlas dalam memimpin ke jalan Allah.
Dedah aktres berumur 28 tahun ini, dia kini sedang dalam proses untuk berubah menjadi insan yang lebih baik.
Mulanya saya tak faham tentang rumah tangga, ingatkan berkahwin sama macam bercinta. Tapi sebenarnya, bila dah masuk alam perkahwinan, kita matang secara tak langsung. Dulu saya cepat memberontak tapi bila dapat pasangan yang tenang, saya turn down.
Hafiz mendidik tetapi tak memaksa. Bila saya tengok Hafiz jaga solat, saya pun ikut. Setiap manusia mesti akan ada rasa nak berubah jadi lebih baik.
Saya pun perlahan-lahan nak berubah, Hafiz pun bagi sokongan moral. Sokongan moral itu penting. Sebab kita memang nak jadi lebih baik tapi kadang-kadang tak tahu nak pilih jalan.
Suka dengar ceramah
Tambah pemilik nama Nik Zaris Nelydia Nik Sen, dia dan suami mempunyai jurang perbezaan umur selama 11 tahun namun itu tidak menjadi gangguan dalam berkomunikasi.
Usia Hafiz jauh dengan saya. Saya belum sampai dekat umur dia tapi dia dah pernah lalui masa umur saya. Dia dah tau perangai masa muda. Jadi, kami kena jumpa dekat half way (titik tengah) di mana Hafiz banyak nasihat.
Dalam pada itu, pelakon drama Khilaf Asmara mendedahkan suaminya suka mendengar ceramah pada setiap malam dan itu menjadi salah satu medium yang menjentik hatinya.
Setiap malam Hafiz suka dengar ceramah. Saya rasa perkara itu sangat penting sebab bila dia buka ceramah, ada point yang betul akan jentik hati saya.
Kadang-kadang degil tak nak dengar cakap suami tapi bila dengar fakta betul, kita perlahan-lahan berubah. Banyak sangat saya berubah berbanding dulu dengan sekarang. Dari segi kawal emosi dan baran.
Untuk rekod pasangan ini berkahwin pada April 2019 selepas melalui fasa perkenalan sejak April 2017.
Sumber: TikTok @Nasrulnuddin Nasri