berita

Aprilio Perkasa Kini Lelaki Sepenuhnya Selepas 28 Tahun Hidap Hipospadia

March 21st, 2021 | by Amat
Kini Trending

Foto: Detik Health

Seorang atlet bola tampar Indonesia yang dikenali sebagai Aprilia Manganang telah hidup sebagai ‘wanita’ selama 28 tahun dan kini dia sudah secara rasmi mempunyai nama baharu iaitu Aprilio Perkasa Manganang. Terdahulu, dengan bantuan Tentera Nasional Indonesia (TNI) mendapati ada sesuatu yang tidak kena pada fizikal sebelum menyuruh dia menjalani ujian pemeriksaan kesihatan.

Artikel berkaitan: 28 Tahun Jadi ‘Wanita’, Atlet Bola Tampar Indonesia Ini Kini Sah Lelaki! Mujur Askar Tolong…

Memetik laporan Detik Health, bekas atlet bola tampar negara itu disahkan penyakit hipospadia yang menghadapi kelainan pada zakar ketika kelahiran bayi.

Meluluskan penukaran nama

Foto: Detik Health

Mahkamah Negeri Tondano telah menerima permohonan dan meluluskan supaya dia menukar nama baharu iaitu Aprilio Perkasa Manganang. Selain menukar nama, Majlis Hakim juga meluluskan permohonan penukaran dan perubahan jantina dalam aspek perundangan berdasarkan keterangan saksi, ahli dan bukti.

Memetik laporan Detik Health, Aprilio Perkasa Manganang telah menjalani perubatan corrective surgery oleh pakar Doktor Irfan Wahyudi. Perubatan ini adalah satu-satunya cara untuk pesakit hipospadia. Penyakit ini membolehkan seseorang itu mempunyai kelainan atonominya atau kelainan pada organ reproduksi.

Apa itu Hipospadia?

Foto hiasan

Sementara itu, menurut Dr Nada Sudhakaran dari Hospital Pantai Kuala Lumpur berkata Hipospadia berlakuapabila bahagian uretra atau saluran yang mengalirkan air kencing dari pundi kencing tidak berada pada kedudukan yang normal iaitu bukan di hujung zakar. Oleh itu, air kencing tidak akan keluar di tempat yang sepatutnya.

Anak lelaki anda mungkin mempunyai zakar yang tidak berfungsi dengan betul. Akibatnya, mereka tidak dapat membuang air kencing dengan betul. Sekira keadaan ini tidak diperbetulkan semasa mereka kecil, anak lelaki mereka juga akan menghadapi masalah ketika melakukan persetubuhan akibat daripada zakarnya yang bengkok.

Namun bagaimanapun, hipospadia dapat diselesaikan dengan melakukan pembedahan di mana bukaan di hujung zakar akan dialihkan ke bahagian yang sepatutnya. Ini membolehkan pesakit membuang air kecil dengan betul.

Sumber: Detik Health, Dr Nada Sudhakaran

SKIP THIS AD ×