Sedar tak sedar, umat Islam sudah berada di penghujung bulan Ramadan. Bulan Syawal bakal menjelang tiba dan segalanya nampak berbeza jika hendak dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini. Hal ini kerana dunia sedang melanda pandemik Covid-19 yang memaksa semua untuk tidak keluar dari rumah jika tiada kepentingan.
Menerusi laporan Arab News, pemerintah Arab Saudi akan melaksanakan perintah berkurung selama 24 jam sepanjang lima hari cuti perayaan Aidilfitri bermula 23 Mei hingga 27 Mei ini. Perintah berkurung terpaksa dilakukan agar dapat memantau penularan pandemik Covid-19.
Makkah perintah berkurung sepenuhnya
Menurut Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, segala aktiviti ekonomi akan berjalan seperti biasa dan orang ramai dibenarkan bergerak bebas antara jam 9 pagi hingga 5 petang sehingga tempoh berkenaan kecuali di Makkah. Makkah berada di bawah perintah berkurung sepenuhnya.
Dibenarkan keluar beli barang penting
Sebelum ini, pemerintah Arab Saudi telah melaksanakan perintah berkurung secara serta-merta selama 24 jam ke atas bandar Baish di wilayah Jazan. Orang ramai di wilayah itu hanya dibenarkan meninggalkan kediaman masing-masing untuk membeli barangan penting antara jam 9 pagi dan 5 petang sahaja.
Catat rekod pulih tertinggi
Kadar pemulihan kes Covid-19 di Arab Saudi mencatatkan rekod yang tertinggi bermula hampir dua bulan lalu. Sebanyak 2520 kes telah berjaya pulih. Ha ini menjadikan jumlah keseluruhan yang pulih ialah 15257.
Sumber: Arab News