Kehadiran ramai pelakon baru dalam industri hiburan pada hari ini sedikit sebanyak merancakkan lagi dunia perfileman dan drama Malaysia. Ada yang sememangnya berbakat, namun ada juga yang didakwa terkenal hanya kerana bilangan pengikut di Instagram! Betul atau tidak?
Pelakon senior, Arash Mohd lantang menegur pelakon baru yang disifatkan berkelakukan tidak menghormati pelakon senior dan krew semasa berada di set. Sikap selalu datang lambat, asyik bermain telefon dan tidak mahu belajar ketika di set ternyata tidak disenangi rakan artis dan krew produksi.
Bila pengarah bagi arahan, fokus!
Harap sangat budak-budak baru yang ada dalam bidang seni ni, tolonglah belajar dan ambik serius!!! Jangan datang set dengan isi kosong. Tak kenal watak sendiri. Tak nak ambik tahu watak-watak sekeliling. Dah masuk dalam set tolong jangan main handfone!!! Cari ilmu. Masuk kelas-kelas lakonan.
Keluar sikit belanja untuk ilmu. Kerana seni ini tiada ternilai! Hargai bakat dan peluang yang ada. Kami dulu pun belajar bertanya pada senior-senior kami. Kami jadi kawan. Saling hormat-menghormati. Bila pengarah bagi arahan, fokus!!! Bukan masa tu baru nak hadap skrip.
Followers ramai tidak bermakna anda bagus
Ilmu tak akan datang sendiri. Kena gali (kata-kata Kak Ogy yang saya pegang sampai hari ini). Kena bertanya. Bukan dok sembang sentok siapa followers Instagram paling ramai!!! Followers ramai kat media sosial tidak bermakna anda bagus. Followers mungkin nak tengok gaya hidup kamu sahaja tapi hasil seni. KOSONG!!! Bila kena hentam mulalah nak meroyan.
Jaga maruah diri. Jaga displin. Ingat, kita semua ada keluarga yang sentiasa menjadi perhatian masyarakat. Bila di set, production team adalah keluarga anda. Tak kiralah apa posisi mereka. Hormat mereka. Ingat!!! Tanpa team prodution, anda bukan siapa-siapa. Jadikan bidang seni ini sebagai perkerjaan profesional anda. Bukan sebab nak cari glamour atau populariti!!!
Saya sendiri masih mencari dan belajar. Kerana ilmu itu tidak akan habis pencariannya. Noktahnya, bila kita dijemput Ilahi ke alam yang kekal.
P/s : sekadar menegur untuk kebaikan.
Trend sekarang otai tunggu artis muda!
Adab pun dah tak ada!
Sumber: Arash Mohd