Lama menyepi dari industri, penyanyi Ariff Bahran mendedahkan punca dia ‘menghilang’ dan memperlahankan karier dalam bidang nyanyian.
Artikel Berkaitan: Isteri Titip Ucapan Khas Sempena ‘Birthday’, Netizen Tak Sangka Ariff Bahran Rupanya Dah Ada Dua Anak
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ariff Bahran Bangga Dapat Beli Kereta Porsche Hasil Main ‘Trading’ – ‘Kepada Yang Menghina Aku Dahulu, Terima Kasih’
Industri toksik
Ariff atau nama lengkap Muhammad Ariff Bahran Ahmad Zahari, 27, berkata, industri muzik penuh dengan ketidakadilan dan kepalsuan.
Pada yang kata saya sia-siakan bakat dimiliki dan kata saya dah tak nak menyanyi lagi. Industri ini sangat toksik dan bias.
Ariff berkongsi mengenai perkara itu menerusi sebuah hantaran di Instagram Story miliknya.
Perkongsian itu dibuat susulan ada segelintir peminat yang berpendapat Ariff telah mensiakan-siakan bakat dimiliki dan kurang dihargai.
Dalam perkongsian sama, pelantun lagu ‘Kata Akhirmu’ itu berkata, industri seni tidak seindah sepertimana yang dipaparkan dalam media sosial.
Industri tidak seindah sepertimana anda lihat dalam media sosial.
Bagaimanapun, Ariff turut mengucapkan terima kasih kepada semua peminat yang tidak henti menyokong.
Imbas kembali, kali terakhir Ariff muncul di kaca televisyen menerusi program Famili Duo sebagai duo sepupu dengan penyanyi Haqiem Rusli, pada 2023.
Sumber: Instagram