berita

Foto : Aril AF Bakal Bernikah?

October 30th, 2013 | by Ai
Isu & Kontroversi

Aril AF

Sebentar tadi OHBULAN! menerima kiriman email yang mengandungi beberapa foto mesra dipercayai milik penyanyi yang lahir daripada program realiti TV, Aril, atau nama sebenarnya Khairil Azam Pilus bersama seorang wanita.

Melalui  kiriman email tersebut, difahamkan Aril telah pun bertunang dengan wanita itu dan mereka dikatakan sedang merancang untuk mengadakan majlis pernikahan dalam masa terdekat.

Menurut sumber-sumber terdekat, wanita tersebut dipercayai berasal dari Kelantan dan bekerja sebagai seorang pramugari di sebuah syarikat penerbangan luar negara.

Puteri Erma Edlinda-7

Foto mesra Aril bersama wanita tersebut

Setakat ini, masih belum ada berita rasmi dari pihak Aril. Namun apa yang pasti, melalui perkongsian foto-foto yang diberikan, mereka kelihatan sangat mesra dan boleh dikatakan sebagai pasangan yang memang sedang hangat bercinta.

Sekeping kad kahwin juga turut dihantar kepada OHBULAN!, dipercayai nama wanita bersama Aril.

Screen Shot 2013-10-30 at 4.32.04 PM

Kad kahwin yang tertulis nama Puteri Erma Edlinda

Dalam pada itu, menerusi salah satu foto yang dikongsikan, wanita tersebut turut dilihat sedang mencuba sepasang gaun pengantin berwarna putih dan berkemungkinan besar, busana tersebut akan digayakan oleh wanita tersebut sewaktu hari pernikahan mereka nanti.

Sebelum itu, OHBULAN! ingin kongsikan beberapa foto mesra Aril bersama wanita tersebut selepas ini.

SKIP THIS AD ×