berita

Artis Dan Perniagaan Busana Di Bulan Ramadhan

July 19th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang sangat dinanti-nantikan oleh setiap umat islam. Di bulan ini, umat islam bukan sahaja memperbanyakkan amal ibadah, malah ramai yang mengambil kesempatan untuk menambah pendapatan harian.

Golongan selebriti juga tidak terkecuali dalam memanfaatkan kedatangan bulan yang mulia ini, di mana ramai yang mengambil peluang untuk berniaga di gerai dan bazar Ramadhan. Antara dua selebriti yang terlibat dalam perniagaan di bulan Ramadhan adalah Ryzal Jaafar dan juga Bienda.

Tahun ini merupakan tahun pertama Ryzal Jaafar mengembangkan bakat dalam bidang perniagaan. Sebagai permulaan, Ryzal akan menjual koleksi baju Melayu menerusi online dan sekiranya mendapat sambutan, beliau akan perkembangkan perniagaan ini ke peringkat yang lebih serius.

Bagi Bienda, tahun ini merupakan tahun keempat beliau berniaga di bazar Ramadhan. Pada tahun ini beliau masih lagi fokus kepada perniagaan tudung jenamanya sendiri. Menurut Bienda, setakat ini beliau masih mempunyai pelanggan tetap dan pemborong yang membeli koleksi tudungnya secara pukal. Selain tudung, Bienda turut akan menjual pelbagai haruman minyak wangi yang didatangkan dari negara Arab.

Bagi peminat-peminat yang ingin miliki busana daripada selebriti-selebriti ini, anda boleh dapatkannya di bulan Ramadhan nanti. Selamat menyambut bulan Ramadhan!

 Sumber : Sinar Harian

SKIP THIS AD ×