berita

Artis Wanita Dilarang Mendedahkan Dada & Punggung

February 8th, 2013 | by Ai
Hollywood

Grammy Awards 2013

Pihak Columbia Broadcasting System (CBS) telah mengeluarkan satu memo kepada semua artis wanita yang bakal hadir ke majlis penganugerahan ‘Grammy Awards 2013’ yang akan berlangsung pada 10 Februari ini di Staples Center, Los Angeles.

Menurut isi kandungan memo tersebut, pihak CBS telah melarang para artis wanita memakai pakaian yang mendedahkan bahagian dada dan punggung mereka.

Etika pemakaian tersebut sebenarnya sudah diterapkan sejak tahun lalu dan CBS telah meminta pihak bertanggungjawab untuk mengigatkan perkara tersebut kepada semua tetamu yang bakal hadir ke acara berprestij tersebut.

Para selebriti yang dipertanggungjawabkan untuk mengadakan persembahan mahupun sekadar menonton diminta untuk turut mematuhi etika pemakaian yang telah ditetapkan, kerana menurut CBS setiap individu yang hadir ke majlis itu berkemungkinan akan menjadi sasaran lensa pihak kamera. Tambahan pula majlis akan disiarkan secara langsung ke kaca televisyen tempatan negara tersebut.

Wah, nampaknya artis Hollywood pun sudah meletakkan syarat sebegini. Harapnya artis tempatan tidaklah pula berlebihan ketika menghadiri mana-mana majlis.

Sumber : Aceshowbiz

SKIP THIS AD ×