Derita 5 bulan Nur Izzati Afiqah menanggung derita penyakit misteri berakhir setelah dia meninggal dunia semalam. Jenazah arwah yang berusia 29 tahun itu selamat dikebumikan selepas Zohor tadi.
Ibu kepada arwah iaitu Maheran Daud kongsi cerita sedih sebelum pemergian anak perempuannya itu yang didakwa terkena buatan orang.
Panggil arwah ayah sambil lambai tangan
Beberapa jam sebelum arwah Afiqah dijemput Ilahi, dia sering memanggil arwah bapanya yang meninggal dunia sejak 16 tahun lalu sambil melambai tangan.
Dia kerap memberitahu anaknya itu bahawa bapa sudah lama meninggal dunia, namun tidak diendahkan. Tambahnya, arwah Afiqah menyifatkan bapa itu datang untuk menjemputnya.
Dia asyik memanggil arwah abahnya sambil melambai-lambai tangan dengan mengatakan arwah datang untuk menjemputnya, namun saya tidak bertanyakan ke mana kerana sudah dapat merasakan yang Afiqah akan dijemput Ilahi.
Sambil itu kami semua membacakan surah Yasin di sebelahnya dan sebaik tamat, Afiqah menyuruh membaca Yasin sekali lagi dan dia mengikutinya perlahan-lahan.
Selamat dikebumikan
https://www.facebook.com/SinarHarian/videos/593309501482650/
Arwah Afiqah juga mengadu keletihan sebelum keluar ketulan darah beku dari dubur dan dia merasakan ajal anaknya itu semakin hampir. Arwah sempat mengucapkan dua kalimah syahadah sebelum menghembuskan nafas terakhir.
Kami segera menghubungi klinik kesihatan di sini yang datang tidak lama kemudian untuk mengesahkan waktu kematian anak saya. Saya reda dengan pemergian Afiqah walaupun hanya berselang enam bulan sahaja dari tarikh anak bongsu dijemput Ilahi yang mana simptom yang dialami mereka berdua sama.
Saya perhatikan saiz fizikalnya yang asal hampir 300 kilogram ada menunjukkan penyusutan dan kaki kiri sudah boleh digerakkan sendiri serta dibengkokkan perlahan-lahan.
Dia juga kerap memberitahu saya bahawa dia sudah reda dengan takdir yang menimpanya dan enggan lagi memikirkan sama ada ia perbuatan khianat sihir atau bukan.
Sumber: Sinar Harian, Metro