berita

‘Arwah Dengan Al-Quran Bagai Isi Dengan Kuku…’ – Adik Dedah ‘Perangai’ Sebenar KakLong

March 7th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Tingkap Langsir

Semalam, media melaporkan seorang wanita dikenali sebagai Nurul Surianie Zahazani, yang sarat hamil tujuh bulan, meninggal dunia selepas kenderaan yang dinaikinya telah berbebas sebelum melanggar sebatang pokok. Insiden tersebut berlaku di kilometer 55, Jalan Kuala Terengganu ke Kota Bharu di Kampung Bari Kecil Terengganu.

Artikel Berkaitan: Wanita Sarat Hamil 7 Bulan Maut Kemalangan, Sempat Muat Naik Status ‘Terakhir’ Di Whatsapp

Menerusi entri Instastory, seorang gadis yang dipercayai adik kepada Allahyarham dikenali sebagai Azniwatie, berkongsi beberapa kenangan sebelum kakaknya menghadap Ilahi.

‘Semoga abang Long kuat!’

Foto: Tangkap layar Instastory

‘Masih tak boleh bayangkan’

Foto: Tangkap layar Instastory

‘Semoga tenang di sana’

Foto: Tangkap layar Instastory

Jelas gadis ini, sehingga kini mereka sekeluarga masih belum dapat menerima berita akan pemergian kakaknya yang dipanggil Along dalam keluarganya. Apa yang lebih menyedihkan, apabila mereka sekeluarga begitu teruja dalam menyambut anak yang dikandungkan olehnya yang tidak lama lagi bakal dilahirkan.

Namun, segala perancangan yang telah dibuat, berakhir begitu sahaja setelah kakaknya sudah meninggal dunia. Sebelum ini, Allahyarham sempat merahsiakan jantina bayi yang dikandungkan olehnya kerana ingin memberi kejutan kepada ahli keluarga yang lain. Tidak berakhir di situ, kakaknya sempat memberikan ‘hint‘ yang terakhir buat mereka sekeluarga .

Ya Allah, perginya satu-satu kakak hok paling aku sayang.

Foto: Tangkap layar Instastory

‘Bagi isi dengan kuku’

Foto: Tangkap layar Instastory

Bercerita lebih lanjut, gadis ini turut menceritakan kakaknya seorang yang rajin membaca Al-Quran dan tidak dapat dipisahkan ibarat isi dan kuku. Jelasnya lagi, kakaknya merupakan seorang yang sangat baik dah mudah didekati oleh sesiapa pun walaupun baru sahaja berkenalan.

Terdahulu, Allahyarham bersama suaminya menaiki kenderaan Proton Wira, dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kampung Mangkok.

Kes tersebut akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ).

Sumber: Azniwatie

SKIP THIS AD ×