berita

‘Arwah Masih Berusaha Menyiapkan Beberapa Tempahan Tag Nama Walaupun Dalam Keadaan Sesak Nafas’

November 15th, 2019 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Sebelum ini, viral di media sosial tentang kisah seorang guru dikenali sebagai Mohd Izzudin Zainal yang terlantar di hospital kerana menghidap kanser Linfoma tahap 4. Kisahnya mendapat perhatian serta menyentuh hati netizen apabila dia mengambil tempahan tag nama tulisan khat meskipun terbaring di katil hospital bagi menampung kos rawatannya.

Namun menerusi laporan Harian Metro semalam, isteri kepada arwah, Suzana Muhamad Tab memaklumkan bahawa suaminya telah mengembuskan nafas terakhirnya di Unit Rawatan Rapi (ICU), Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) jam 8.05 malam tadi.

Tahap oksigen menurun

Menurut laporan itu, Suzana memberitahu bahawa doktor telah mengesahkan kematian suaminya adalah akibat jangkitan paru-paru.

Dia berkata tahap oksigen dan semua bacaan lain pada mesin arwah juga dilihat semakin menurun pada pagi itu.

Pagi tadi tahap oksigen arwah semakin menurun dan semua bacaan lain pada mesin mulai menurun.

Sebelum arwah menghembuskan nafas terakhir, doktor tetap berusaha memberi bantuan pernafasan di depan saya.

Akan pulangkan semula wang

Apa yang memilukan kata Suzana, arwah masih gigih menyiapkan beberapa lagi tempahan tag nama meskipun dalam keadaan sesak nafas.

Dia dalam pada itu turut memohon maaf dan berkata dirinya akan memulangkan semula bayaran tempahan tag nama yang telah dibuat.

Semalam, arwah masih berusaha menyiapkan beberapa tempahan tag nama walaupun dalam keadaan sesak nafas.

Saya minta maaf. Sesiapa yang sudah membuat bayaran untuk tempahan tag nama, saya akan pulangkan semula wang mereka. Mereka yang sudah mendapat tag nama, itulah kenangan ditinggalkan.

Arwah meninggalkan seorang balu dan dua cahaya mata lelaki masing-masing baru berumur 5 dan 3 tahun.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×