berita

Arwah Yasmin Ahmad Dorong Lelaki Ini Kenali Islam, Namun Niat Peluk Islam Terbatal Bila..

August 14th, 2018 | by faris
Kini Trending

Hampir sedekad pergi, impak ditinggalkan arwah Yasmin Ahmad menerusi iklan-iklan yang pernah dihasilkannya berjaya melekat di fikiran dan menjadi bualan rakyat Malaysia. Karyanya yang jujur dan ikhlas membuatkan iklan dihasilkan ditunggu-tunggu setiap kali musim perayaan.

Tidak hanya itu, arwah juga telah membuatkan seorang lelaki tertarik untuk mengenali Islam dengan lebih dekat. Kisah itu dikongsikan di Twitter dan menarik perhatian netizen.

‘Ramai yang tanya aku bila nak masuk Islam’

Lelaki berkenaan, Joe Lee yang juga merupakan pengamal media menceritakan kisahnya yang sudah terbiasa membesar dalam masyarakat Melayu kerana bersekolah dan bercampur dengan bersama kaum majoriti itu. Malahan ketika kecil dia pernah mengikuti kelas Pendidikan Islam dan Jawi.

‘I’ve never met anyone who explained the religion so beautifully’

Ujar Joe, dia sudah terbiasa dengan Islam lalu belajar lebih mendalam mengenainya. Dia kemudiannya berniat untuk memeluk Islam dan salah satu sebab utamanya adalah arwah Yasmin Ahmad. Ini kerana, menurutnya, Yasmin berjaya menerangkan Islam dengan cara cukup indah.

Malahan dia juga menunjukkan cara hidup sepertimana yang dianjurkan oleh Islam. Walaupun filemnya pernah dikutuk, dia tidak pernah melawan dan menerangkan rasional disebalik kejadian yang berlaku.

Islam ajar kebaikan dan kasih sayang

Ketika dikritik, lelaki ini melihat Islam dari 2 sisi. Satu daripada pihak yang penyayang dan pemaaf dan melaksanakan perintah-Nya, manakala satu lagi pihak pula bersifat pemarah dan suka menghakimi. Perkara itu membuatkan lelaki ini keliru.

Islam itu suci

Ketika dalam perancangan untuk memeluk Islam, Joe dikejutkan dengan pemergian Yasmin. Dia hampir pengsan di hospital ketika menerima perkhabaran itu.

Alami depresi

Dia juga mengalami kemurungan akibat kehilangan Yasmin. Tambah perit apabila sebuah akhbar tabloid menerbitkan headline mengenai Yasmin yang dianggap tidak wajar. Hatinya tertutup untuk menerima Islam.

Setiap tindakan ada impaknya

Sumber: Joe Lee

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×