Penyanyi dan pempengaruh popular, Asad Motawh dikatakan sudah berjaya mengumpul aset bernilai iaitu dua buah banglo, suite peribadi serta sebuah kereta mewah walaupun baru berusia 21 tahun.
Artikel Berkaitan: Giliran Asad Motawh Belanja ‘6 Pack’ Berketul-Ketul, Peminat Wanita Cakap ‘My Dream Man’
Artikel Berkaitan: ‘Belanja’ Foto Dah Sado Dekat IG, Asad Motawh Terima Banyak Komen ‘Nakal’ Sempena Ulang Tahun Kelahiran
Usaha Kerja
Tidak hanya bergantung kepada kerjaya seni sebagai seorang penyanyi, Asad Motawh memberitahu kejayaan yang dikecapi hari ini selepas dia menjalankan tiga perniagaan sendiri iaitu membuat landskap, perkhidmatan cuci kereta dan syarikat produksi Motawh Production.
Saya ada pejabat dan pasukan sendiri yang terdiri daripada lapan kakitangan. Kami banyak buat kerja belakang tabir seperti iklan, muzik video dan sebagainya. Kami juga berjaya mendapatkan pelanggan jenama-jenama besar hasil kerjasama agensi bakat, Xeno
Ujar Asad Motawh, dia sebenarnya sudah memiliki rumah pertama pada usia 19 tahun namun tidak gemar menunjuk kekayaan kepada orang lain.
Apabila seseorang itu semakin kaya, semakin sedikit kekayaan yang ingin ditunjukkan kepada orang lain. Saya tak nampak apa-apa kelebihan kalau menunjukkan harta. Lagipun kalau saya tunjuk segala aset, nanti orang tetap akan mengata saya acah-acah dan sebagainya
Sumber: Harian Metro