berita

ASB Umum Agihan 4.25 Sen Seunit

December 23rd, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Amanah Saham Bumiputera atau ASB merupakan salah satu platform pelaburan yang dijamin kerajaan. Mengimbas sejarah penubuhan ASB, ia sebenarnya ditubuhkan bagi menggantikan skim Amanah Saham Nasional (ASN), unit amanah pertama yang dilancarkan oleh Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada tahun 1981.

Pada tahun lalu, ASB mencatatkan pendapatan 5.0 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit. Manakala pada 2018, pendapatan ASB dicatatkan 6.5 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit.

4.25 seunit

 

Terbaru Amanah Saham Nasional Bhd (ASNB) mengumumkan pembayaran pengagihan 4.25 sen seunit dan ehsan 0.50 sen seunit, Amanah Saham Bumiputera (ASB) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2020. Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB), Tan Sri Dr Zeti Aziz, berkata walaupun berdepan persekitaran mencabar, ASB berjaya memberikan agihan pendapatan sebanyak RM7.6 bilion bagi tahun kewangan 2020.

Beliau berkata, pandemik melanda dunia telah memberi kesan kepada ekonomi dunia, sekali gus menjadikan persekitaran pasaran lebih mencabar pada 2020.

Video penuh

Sumber : Permodalan Nasional Berhad Rasmi

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×