berita

Ashraf Muslim Akui Berat Hati Tinggalkan ‘Keluarga’ Di Wad

May 8th, 2020 | by Amirul Asraf
Lensa Insta

Di Instagram, pelakon Ashraf Muslim memaklumkan bahawa dirinya sudah dibenarkan pulang ke rumah selepas 25 hari dikuarantin di Hospital Sungai Buloh (HSB) kerana positif wabak yang sedang melanda negara. Walau bagaimanapun, dia meluahkan rasa sedih untuk meninggalkan wad tersebut dan rakan-rakan pesakit yang lain.

Pengakhiran di wad 31

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on

Assalamualaikum. Masanya sudah tiba. Berat hati ini untuk meninggalkan sahabat-sahabatku di wad ini. Mereka telah ku anggap sebagai keluargaku. Allahuakbar, tak boleh nak terjemahkan perasaan ini. 3 hari sebelum balik memang sayu untuk tinggalkan wad.

Banyak cerita, banyak pengalaman, banyak perkongsian dilakukan bersama dimana pesakit-pesakit semuanya datang dari pelbagai kaum, agama dan latar belakang tapi hanya satu sahaja yang kami inginkan iaitu ‘ketenangan’. Jangan risau sahabat. Allah kan ada, dia selalu bersama-sama kita. Mengadulah pada dia.. InsyaAllah Allah akan bantu.

Menurut Ashraf, dia sangat berat hati untuk meninggalkan kesemua sahabat-sahabatnya yang berada di wad HSB. Kesemua pesakit di wad tersebut sudah dianggap seperti keluarga meskipun berlainan agama dan kaum. Tambahnya, pelbagai pengalaman dapat dipelajari olehnya sewaktu di tahan di wad berkenaan.

Saya sudah lama negatif

Sebenarnya, saya sudah lama negatif pada sehari sebelum ramadan dan saya memilih tinggal di wad 31 untuk kuarantin kan diri di wad. Banyak sebab keputusan ini dibuat dan yang paling penting ialah saya dapat mengerjakan solat berjemaah pada bulan ramadan dan ibadah yang dapat buat bersama-sama dengan pesakit.

Ini adalah terapi hati saya untuk lebih tenang. Akhir kata, sama-sama kita doakan semoga pesakit-pesakit Covid19 cepat pulih dan dapat berjumpa dengan ahli keluarga dan penyakit ini hilang dari muka bumi ini. InsyaAllah. Terima kasih Allah kerana memilihku sbg pesakit covid19. Syukur kepadamu ku merasa nikmatnya.

Ashraf turut memberitahu bahawa dia sebenarnya sudah pulih dari wabak tersebut sejak sehari sebelum bulan Ramadan. Namun, dia memilih untuk dikuarantin sebelum pulang ke rumah. Pada masa yang sama, dia berpeluang melakukan ibadat bersama pesakit lain di bulan yang mulia ini.

Sumber: Ashraf Muslim

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×