Ekoran wabak Covid-19 yang semakin menular, bekas Menteri Kesihatan Malaysia, Dr Dzulkefly Ahmad, telah memberi panduan kesihatan bagi membendung penularan yang semakin serius. Menerusi Twitter miliknya, beliau mengatakan bahawa Malaysia perlu melaksanakan langkah-langkah pengurangan secara mitigasi dan rakyat perlu mengasingkan diri dari orang ramai.
Langkah pengurangan secara mitigasi
Baginya, Malaysia berada dalam keadaan kritikal dan perlu melaksanakan langkah yang tepat. Salah satunya ialah perlu melaksanakan langkah-langkah pengurangan secara mitigasi untuk membendung pandemik tersebut. Lengkung epidemik adalah carta statistik yang digunakan untuk mengambarkan permulaan wabak itu.
Asingkan diri dari bersosial
Tambahnya lagi, masyarakat wajar mengasingkan diri dari bersosial. Tindakan ini dapat mengurangkan hubungan yang tidak perlu dengan menjarakkan diri dengan orang lain. Hal ini dapat membantu menghentikan atau memperlambatkan penyebaran wabak Covid-19 ini.
125 kes terbaru dicatatkan
Kementerian Kesihatan Malaysia memaklumkan bahawa kes terbaru yang dicatat pada har? ini islah sebanyak 125 kes. 95 daripada jumlah kes tersebut berkait dengan kes kluster perhimpunan tabliga di Seri Petaling. Jumlah keseluruhan kes setakat ini ialah 553 kes. 511 sedang dirawat manakala 42 kes telah kembali sembuh.
Summer: Dr Dzulkefly Ahmad