berita

ASK 2013: Mawar Putih Tanda Perpisahan & KIL Menang Besar

November 30th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Juara ASK 2013-38

Malam semalam telah berlangsungnya anugerah berprestij Anugerah Skrin (ASK) 2013 yang disiarkan secara langsung di TV3 dari Stadium Melawati, Shah Alam.

Majlis anugerah yang dihoskan oleh Faizal Ismail (FBI), Awal Ashaari dan Nad Zainal itu dimulakan dengan persembahan pembukaan oleh lakonan Datuk Rosyam Nor, Adi Putra dan Adam Corrie sebelum diteruskan dengan nyanyian Hazama menerusi lagu Simetri.

Antara kemenangan terbesar yang dapat dilihat pada ASK 2013 ialah filem KIL dan drama Mawar Putih Tanda Perpisahan di mana masing-masing membawa pulang tiga trofi dari kategori yang berbeza.

Juara ASK 2013-21

Manakala seorang pelakon yang sedang meningkat naik, Criztina Suzanne tidak disangka mampu merampas trofi Pelakon Wanita Terbaik Filem dari pesaing-pesaing hebat seperti Lisa Surihani dan Nora Danish.

Bagi yang terlepas menonton tayangannya malam semalam, di bawah ini OHBULAN! sertakan senarai penuh pemenang ASK 2013 untuk pengetahuan anda.

Rancangan Hiburan Terbaik – Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (TV3)

Rancangan Dokumentari/Majalah Terbaik – Salam Muslim (Astro Oasis)

Laporan Khas Berita Terbaik – Buletin Utama (Kanta K-Pop)

Lakon TV Terbaik – Mawar Putih Tanda Perpisahan (Mazlan Manan)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama – Izreen Azminda (Perempuan Itu Ibuku)

Videografi Terbaik – Mawar Putih Tanda Perpisahan (Mohd Faizal Bin Mohd Ali)

Rancangan Realiti Terbaik – Maharaja Lawak Mega (Astro Warna)

Rancangan Bual Bicara Terbaik – Bella (NTV7)

Rancangan Muzikal Terbaik – Anugerah Juara Lagu 27 (TV3)

Drama Komedi Terbaik – Mentua VS Mentua (Primeworks Studio)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem – Khir Rahman (Rock Oo)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Filem – Miera Liyana (Pecah)

Lakon Layar Terbaik –  KIL (Nik Amir Mustapha)

Artis Harapan Pantene – Shasha Al Khred (Kawan)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama – Hasnul Rahmat (Tunggu Sekejap)

Pelakon Wanita Terbaik Filem – Cristina Suzanne (KIL)

Pelakon Lelaki Terbaik Drama – Wan Hanafi Su (Hari-hari Terakhir Seorang Seniman)

Pelakon Lelaki Terbaik Filem – Shaheizy Sam (Sam)

Pelakon Wanita Terbaik Drama – Umie Aida (Aku Bukan Malaikat)

Pengarah Terbaik Filem – Nik Amir Mustafa (KIL)

Filem Terbaik – KIL (Grand Brilliance)

Pengarah Terbaik Drama – Erma Fatima (Aku Bukan Malaikat)

Anugerah Khas ASK 2013 – Sebenarnya Saya Isteri Dia (Primeworks Studios)

Drama Rantaian Terbaik – Surat Dari Langit Biru (Rashbir Media Sdn Bhd)

Drama Terbaik – Mawar Putih Tanda Perpisahan (Suhan Movies)

SKIP THIS AD ×