berita

Livescape: Senarai Penuh Barisan Artis Future Music Festival Asia 2013

January 31st, 2013 | by Ai
Kini Trending

FMFA 2013 Logo

Kehangatan Future Music Festival Asia (FMFA) 2013 yang bakal berlangsung tidak lama lagi sudah dapat dirasai sedikit demi sedikit. Dari pelbagai jenis genre muzik, kumpulan mahupun solo dan juga DJ, festival muzik ini bakal memberikan kepuasan yang tidak terhingga kepada penggemar-penggemar muzik tempatan dan juga antarabangsa.

Bakal berlangsung pada 15 dan 16 Mac 2013 ini, Future Music Festival Asia yang julung kali dianjurkan pada tahun lepas telah berjaya mengumpulkan lebih 30 ribu orang peminat di Sepang. Festival ini juga telah menarik ramai pelancong asing dan menjadi sebagai festival muzik paling besar pernah diadakan di Malaysia.

Tahun ini, FMFA bakal dimeriahkan lagi dengan kehadiran “A State Of Trance”, sebuah rancangan radio popular oleh Armin Van Buuren yang telah mengumpulkan lebih 20 juta pendengar dari lebih 20 buah negara diseluruh dunia. Apa yang menarik, Malaysia telah dipilih sebagai salah satu dari 12 buah negara dari seluruh dunia oleh Armin Van Buuren sendiri. Bagi yang masih tidak tahu, Armin merupakan dj nombor satu dunia sebanyak 5 kali oleh ‘DJ Magazine‘s Top 100 DJs’.

Apa pun, bagi peminat-peminat diluar sana, mari lihat senarai penuh artis-artis yang bakal turun ke Sepang untuk ASOT 600 Kuala Lumpur dan juga Future Music Festival Asia 2013 selepas ini.

Future Music Festival Asia 2013 Weekend Full Lineup:

Day 1 (Friday, 15 March 2013) – Future Music Festival Asia 2013 presents ‘A State of Trance 600: The Expedition World Tour’:

  • Armin Van Buuren
  • Aly & Fila
  • Ben Gold
  • Cosmic Gate
  • Super8 & Tab
  • W&W

Day 2 (Saturday, 16 March 2013) – Future Music Festival Asia 2013

  • The Prodigy
  • PSY
  • Rita Ora
  • Fun.
  • Bloc Party
  • Temper Trap
  • Rudimental
  • DJ Fresh (Live)
  • Stafford Brothers
  • Timmy Trumpet
  • Tenzin
  • Feed Me
  • Kill The Noise
  • Zeds Dead

International (Just Announced):

  • Naughty by Nature
  • De La Soul
  • Sidney Samson
  • Angger Dimas
  • Ladytron
  • Andy Moor

Regional:

  • Idiotape (South Korea)
  • Shut Da Mouth (South Korea)
  • Sixteen (Indonesia)
  • DJ Stas (Singapore)
  • DJ Bento (Japan)

Local:

  • Goldfish & Blink
  • Joe Flizzow
  • Kyoto Protocol
  • LapSap
  • They Will Kill Us All
  • Brains & The Eye (B.A.T.E)
  • H3 featuring Arabyrd
  • Dangerdisko
  • Eva T
  • OMP DJs
  • Deer Society
  • Darren Ashley
  • Bud Culture
  • Mr. Fluff
  • Twilight Action Girl
  • Mister Ariffin
  • FONO
  • DJ Fuzz
  • Mr. Nas-T
  • GuruGuru
  • Johan Nasir
  • Jakeman & Skeletor
  • Nadira

Untuk lebih informasi mengenai tiket, layari www.futuremusicfestival.asia atau www.facebook.com/futuremusicasia. Anda juga boleh melawat www.astateoftrance.com untuk maklumat lanjut mengenai Armin Van Buuren’s ‘A State of Trance 600: The Expedition World Tour’. Untuk pertanyaan dan juga pakej VIP, hubungi Livescape Asia di [email protected] (email) atau +60.3.7773.6272 (waktu pejabat sahaja, 9.00AM – 5.00PM).

SKIP THIS AD ×