Perkhidmatan kedai gunting rambut merupakan salah satu sektor tambahan yang dibenarkan kerajaan untuk beroperasi sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Ekoran itu, muncul kebimbangan dalam kalangan masyarakat terhadap potensi penularan wabak berjangkit itu di tempat tumpuan ramai.
Di Facebook Public Health Malaysia berkongsi saranan dan langkah keselamatan yang perlu dijaga oleh masyarakat bagi sama-sama membendung penularan wabak itu. Sebagai tukang gunting rambut dan pelanggan juga menitikberatkan aspek kebersihan ini.
Tukang gunting rambut
Kedai gunting rambut mempunyai risiko sebagai pusat perebakan jangkitan jika tiada kawalan ketat. Faktor risiko di kedai gunting rambut agak tinggi kerana jarak rapat antara pelanggan dan tukang gunting rambut dan tempoh masa yang lama lebih kira-kira 15 minit. Selain itu, ruang kedai yang sempit dengan pengudaraan yang terhad.
Untuk mencegah perebakan, langkah berikut perlu dilakukan dengan tegas dengan pemantauan rapat oleh pihak berkuasa. Tukang gunting rambut perlu memastikan tidak mempunyai sebarang gejala demam atau batuk selsema. Selain itu, tukang gunting rambut perlu menggunakan topeng muka, membasuh tangan sebelum dan selepas menyentuh pelanggan.
Tambahan pula, tukang gunting rambut perlu sentiasa menjaga kebersihan dan sanitasi premis, dilarang vape dan merokok di premis.
Ruang premis
Manakala, pekerja perlu melakukan pembersihan harian dan disinfeksi harian. Premis juga perlu mempunyai ruang pengudaraan yang baik serta mengamalkan penjagaan jarak sosial 1 meter.
Mereka juga perlu untuk kawal kemasukan pelanggan dan sediakan ruang menunggu di luar dengan jarak sosial lebih 1 meter antara 1 sama lain. Rambut yang telah di gunting perlu dibersihkan dan dilarang vape dan rokok dalam ruang gunting rambut.
Pelanggan
Selain itu, para pelanggan juga perlu disaring dan pelanggan bergejala tidak dibenarkan masuk. Pelanggan digalakkan menggunakan penutup muka terutamanya jika anda mengalami gejala dan membasuh tangan sebelum masuk dan duduk.
Pastikan anda menjaga jarak sosial, jangan berebut, jangan berhimpit dan juga dilarang merokok dan vape di premis. Semua masyarakat dan premis perlu beri kerjasama penuh bagi menghentikan rangkaian penularan wabak ini.
Kita perlu mempersiapkan diri ke arah budaya kehidupan baru yang mengutamakan langkah-langkah pencegahan seperti ini dalam semua aktiviti harian.