berita

Astro Lancarkan Saluran Baru, “Sky News HD (Saluran 532)”

September 11th, 2012 | by Ai
Hollywood

Astro sekali lagi mengumumkan bahawa Sky News HD (Saluran 532) akan disediakan kepada semua pelanggan Astro B.yond HD bermula 8 September, minggu lepas. Sebagai saluran berita pertama di Astro dalam Definisi Tinggi (HD), Astro B.yond HD menyediakan pelanggan liputan berita dengan kualiti gambar yang lebih tinggi, membawa penonton lebih dekat kepada berita di seluruh dunia untuk pengalaman baru yang menarik.

Bersempena dengan lawatan His Royal Highness Prince William of Wales dan Her Royal Highness Catherine Elizabeth Middleton ke Malaysia pada 13-16 September 2012, Koresponden Diraja Sky, Paul Harrison juga akan turut datang ke Asia Pasifik, termasuk Malaysia untuk membuat liputan lawatan diraja mereka.

Sky News HD adalah perkhidmatan berita 24-jam bertaraf dunia dengan inovasi dan pendekatan baru untuk penyiaran berita. Sebagai saluran berita pertama 24-jam dari UK yang disiarkan dalam kualiti HD, Sky News telah membina reputasi yang bagus dan menjadi sumber berita utama yang pertama memberikan pelbagai tawaran dan analisis terbaru di UK dan antarabangsa. Untuk maklumat lebih lanjut tentang bagaimana untuk melanggan Astro B.yond HD, sila hubungi Astro di 1300 82 3838 atau layari www.astro.com.my / byond untuk butiran lanjut.

SKIP THIS AD ×