berita

Astro On-The-Go Live Explorer Perkenalkan Dua Program Baru

May 28th, 2013 | by Ai
Kini Trending

Johan Raja Lawak at the meet and greet session for Astro On-The-Go LIVE Explorer

Pada 18 Mei lalu telah berlangsungnya acara Astro On-The-Go Live Explorer bertempat di pusat membeli belah Sunway Pyramid, Subang.

Acara yang berlangsung selama satu hari ini telah dimeriahkan lagi dengan penampilan artis-artis terkenal tempatan seperti Johan Raja Lawak, Aaron Aziz, Altimate, Ila Damia, Dr Fazley, Puteri Chi Chi serta Izzue Islam.

Secara umumnya, objek utama acara ini diadakan adalah untuk memperkenalkan Astro On-The-Go Live Explorer Hunt kepada blogger, mempamerkan siaran langsung mengenai kandungan yang tersedia menerusi perkhidmatan Astro On-The-Go serta mengadakan sesi ramah mesra antara peminat dengan selebriti-selebriti Astro sendiri.

Chef Anis Nabilah from AFC at the Astro On-The-Go LIVE Explorer event

Chef Anis menunjukkan bahan-bahan yang digunakan untuk membuat kek

Sewaktu acara berlangsung, Astro On-The-Go Live Explorer turut memperkenalkan dua program terbaru mereka iaitu The Apprentice Asia dan dokumentari eksklusif mengenai Astro Kasih’s World’s Longest Underwater Cleanup.

Kedua-dua program ini akan disiarkan menerusi tayang perdana Astro iaitu pada 22 Mei, 9.00 malam di saluran AXV 701 dan AXN HD 722 (The Apprentice Asia), manakala untuk dokumentari eksklusif mengenai Astro Kasih’s World’s Longest Underwater Cleanup akan ditayangkan pada 30 Mei, jam 7.00 malam menerusi Discovery Channel 551 serta Discovery Channel HD 571.

Apa yang menarik mengenai acara pada kali ini adalah, Astro On-The-Go Live Explorer berjaya menarik minat penonton untuk lebih mendalami dunia interaktif secara langsung mengenai isu-isu menarik serta perkembangan terkini berita sukan, hiburan serta pendidikan.

Berikut kami lampirkan beberapa foto menarik sekitar acara Astro On-The-Go Live Explorer yang berlangsung baru-baru ini.

SKIP THIS AD ×