berita

Astro Tawarkan Lebih Banyak Saluran Dan Pakej Baru

June 22nd, 2013 | by Ai
Make-It-Senang

Launch of the flagship Astro Lifestyle Centre

Seiring dengan jumlah langganan yang kian meningkat, Astro sekali lagi memperkenalkan lebih banyak kandungan dan pilihan pakej yang menarik untuk memberi pengalaman terbaik kepada para pelanggannya.

Baru-baru ini Astro telah melancarkan 11 saluran baru dan pek nilai (Value Pack) yang bersesuaian dengan matlamat mereka ke arah membina tawaran yang mesra pelanggan.

Dengan adanya produk tambahan ini, pelanggan Astro berpeluang untuk memilih lebih daripada 20 pakej yang bersesuaian dengan keperluan tontonan dan bajet mereka. Menarik kan?

Antara saluran-saluran baru yang diperkenalkan oleh Astro ialah Astro Maya HD (saluran 135), Astro Hua Hee Dai HD (saluran 332), Lifetime (saluran 709), Astro On Demand HD (saluran 350), Jaya TV (saluran 221), Raj TV (saluran 222), Kalaignar TV (saluran 223), Star Vijay (saluran 224), Astro SuperSport 3 HD (saluran 834), Astro SuperSport 4 (saluran 817), dan Astro Quan Jia HD (saluran 308).

Liew Swee Lin, CCO, Astro & Henry Tan, COO, Astro showcasing more content from Astro

Untuk pengetahuan anda, Astro Maya HD adalah saluran berbahasa Melayu versi HD kedua di Astro yang juga merupakan saluran tetap untuk rancangan Akademi Fantasia. Astro Maya HD akan mula dilancarkan pada 24 Jun ini.

Kesemua saluran baru ini boleh ditonton apabila anda melanggan pakej pengisian yang tertentu antaranya seperti Pek Family HD dan Pek Nilai.

Pek Family HD membenarkan penonton menikmati 11 saluran HD seperti Astro Quan Jia HD, Astro Maya HD, KBS World HD, ONE HD, Disney XD HD, beTV HD, AXN HD, FX HD, Food Network Asia HD, Li HD dan KIX HD dengan harga yang berpatutan.

Melalui Pek Nilai pula, pelanggan berpeluang menonton pelbagai kandungan Melayu menarik dan hebat dalam bentuk HD dengan harga langganan bulanan yang sangat istimewa.

Antara kelebihan Pek Nilai ialah pelanggan boleh menikmati saluran TV selama 24 jam bagi rancangan-rancangan berbentuk komedi, telenovela, rancangan realiti, drama bersiri, program agama mahupun filem blockbuster Asia.

Selain daripada Pek Nilai, terdapat juga Pek Naama untuk penonton program bahasa Tamil dan Pek Wah untuk program bahasa Cina. Kesemua pek terbaru dalam format HD ini berharga RM75 sebulan setiap satu.

Menurut Ketua Pegawai Komersial Astro, Liew Swee Lin, Astro percaya kewujudan pakej-pakej terbaru ini dapat memenuhi citarasa kesemua segmen pelanggan sama ada di kawasan bandar mahupun luar bandar.

Bagi anda yang berminat untuk melanggan pakej terbaru ini, anda boleh layari laman web rasmi Astro untuk sebarang pertanyaan ataupun keterangan lanjut.

SKIP THIS AD ×