Sebut sahaja tentang negara gajah putih, Thailand, pasti ramai yang terbayang akan aneka makanan mereka yang sedap! Tak hairanlah jika ada yang sanggup travel berpuluh batu ke negara itu semata-mata mahu menikmati makanan di sana. Siapa kat sini peminat makanan Thai?
Itu baru makanan, belum lagi sebut tentang filem-filem mereka yang berkualiti malah berjaya menempa nama di pasaran antarabangsa. Antaranya Ong Bak, Pee Mak, Bad Genius dan banyak lagi. Filem bergenre romantik komedi negara ini juga tak kurang hebatnya. Nak tahu filem apa?
Nah kami sajikan korang dengan 10 pilihan filem romantik komedi Thailand yang sangat menghiburkan dan pastinya tak kering gusi!
Pee Mak
Filem Pee Mak (2013) arahan Banjong Pisanthanakun mendapat permintaan dan feedback positif dari penonton di Thailand mahupun di negara lain. Gandingan lakonan mantap dari Maro Maurer dan Davika Hoorne telah berjaya menobatkan filem ini sebagai filem pecah panggung di Thailand pada tahun 2013.
Pada dasarnya, filem ini diinspirasikan dan diparodikan dari filem Nang Nak sebuah kisah lagenda yang masih menjadi kisah seram hingga hari ini.
I Fine, Thank You, Love You
I Fine Love You, Thank You (2014) juga mendapat permintaan tinggi dalam kalangan peminat filem komedi di Thailand. Filem ini mendapat 94% tanda suka dalam kalangan pengguna Google.
Mengisahkan mengenai seorang lelaki kacuk US Thai yang tidak tahu sepatah pun bahasa English. Dia terpaksa mempelajari English dan memasuk kelas tuisyen English. Dalam proses pelajaran itu, akhirnya Yim lakonan Sunny Suwanmethanon jatuh cinta dengan guru tuisyen itu, Pleng (Preechaya).
Brother Of The Year
Tidak dinafikan lagi lakonan dari mana-mana filem lakonan Sunny Suwanmethanon mendapat permintaan tinggi dari peminat di Asia terutamanya Malaysia dan Indonesia. Brother Of The Year (2018) sekali lagi menemukan Sunny bergandingan dengan Urassaya sebagai adik dan abang.
Apa yang lebih menarik lagi, filem ini turut dibintangi penyanyi K-Pop dari kumpulan 2PM iaitu Nickhun. Menerusi filem ini, Nickhun merupakan anak kacukan Thai-Jepun berperanan sebagai kekasih kepada Jane dan berhasrat untuk mengahwini gadis itu namun, tidak direstui abangnya, Chut.
Hello Stranger
Ini memang filem Thai yang wajib korang tonton! Bayangkan korang menjalani kehidupan dengan seorang ‘stranger’ di negara orang dan terpaksa hadap muka dia meskipun korang tak pernah suka. Nama si dia pun korang tak pernah tahu!
Hello Stranger (2010) arahan Banjong Pisanthanakun ini meski ditonton untuk korang yang rasa kesepian. Apa yang penting, filem romantik ini juga terselit unsur komedi dalam setiap babak. Dibantu dengan lakonan bersahaja Chantavit dan Nuengthida memang power habislah!
A Little Thing Called Love
Kalau di Malaysia kita ada Syafiq Kyle tapi di Thailand pula ada Mario Maurer. Seorang pelakon yang diminati ramai. Siapa peminat Mario Maurer akan tahu bahawa filem A Little Thing Called Love (2010) antara filem terawal lakonannya.
A Little Thing Called Love mengisahkan mengenai perasaan ‘crush’ dari seorang junior terhadap senior. Mereka tidak pernah meluahkan perasaan tersebut dan membuatkan perasaan itu terus terpendam hingga masing-masing meningkat usia dewasa.
ATM
Filem ini akan membuatkan anda geram disebabkan ego masing-masing. Konflik mula tercetus apabila seorang remaja di sebuah pekan mendapat duit lebih dari amaun yang ditekannya di ATM. Semua ini angkara tersalah loading sistem di mesin ATM oleh pekerja bertanggungjawab.
Cuba korang tonton filem ini sampai habis. Memang kelakar habis sebab tak logik pun part tempat buaya dalam rumah tu!
Mr Hurt
Siapa yang dah break-up dengan girlfriend wajib tengok filem ini. Filem ini khas untuk orang yang baru je break-up dan terpaksa berdepan dengan bekas kekasih. Sanggup ekori bekas kekasih ke mana saja perempuan itu pergi.
Lakonan Sunny memang tak pernah mengecewakan dan sepastinya mendapat perhatian ramai penonton. Kami pun suka tengok lakonan bersahaja dari pelakon kacuk Amerika Thai ini. Filem ini mendapat 6.1/10 rating di imdb.
SuckSeed
Buat korang yang meminati filem zaman persekolahan, kami sarankan filem SuckSeed (2011) sebagai hiburan buat masa lapang. SuckSeed mengisahkan sekumpulan rakan di sekolah yang aktif dengan muzik rock. Filem ini juga diselitkan dengan kisah percintaan dan persahabatan yang sejati.
Filem ini dibintangi ramai pelakon remaja yang ‘panas’ di Thailand termasuk Nattasha Nauljam, Jirayu La-Ongmanee, Pachara, Thawat dan ramai lagi.
First Kiss
First Kiss (2012) telah mendapat rating 6.6/10 di imdb dan ternyata lakonan Takrit Hemannopjit dan Kaneungnich memang menjadi! Seorang wanita mempunyai falsafah tersendiri mengenai ‘first kiss’ dan hanya orang teristimewa sahaja yang berhak mendapatkan ciuman dari wanita ini.
Namun, tak sangka pula ‘first kiss’ itu telah ‘dicuri’ oleh seorang anak remaja sekolah ketika mereka dalam perjalanan pulang di dalam bas. Insiden tidak disengajakan itu telah bermulanya sebuah konflik ‘first kiss’ antara wanita 20an dan anak muda belasan tahun.
Friend Zone
Pernah tak korang direject oleh perempuan yang sudah dianggap kekasih? Segala tindakan dan layanan baik korang tak pernah langsung dihargai. Akhirnya, si dia hanya anggap perhubungan selama ini adalah sebagai rakan semata. Perghhh! Sakit…
Apa yang menarik filem Friend Zone ini adalah semua watak lelaki kena ‘reject’ telah tubuhkan satu kumpulan iaitu ‘Friend Zone Gang’. Filem ini bukan sahaja ‘sakit’ akibat kena reject tetapi ada unsur komedi juga! Memang lawak habis!