berita

Asyik Kek Batik Milo Je, Jom Cuba Resepi Kek Batik White Coffee. Confirm Sedap!

April 8th, 2020 | by faris
MyResipi

Pemanis mulut ringkas tanpa perlu dibakar seperti kek batik kerap kali menjadi pilihan kerana bukan sahaja mudah disediakan, malahan sedap dan tak perlu risau kek bantat. Untuk sedikit kelainan berbanding kek batik yang biasanya menggunakan Milo, apa kata cuba resepi kek batik white coffee seperti dikongsikan Ika Junaidi ini. Nampak sedap!

Bahan-bahannya:

500 gram biskut Marie

1 cawan mentega

1 cawan susu segar

2 sudu besar susu pekat

6 sachet kopi 3 in 1

Cara-cara

1. Cairkan mentega.

2. Masukkan susu segar dan susu pekat dan tunggu sehingga mendidih. Tutup api.

3. Masukkan kopi 3 in 1. Kacau rata, pastikan kopi tidak berketul-ketul.

4. Masukkan ke dalam loyang acuan.

5. Simpan dalam peti ais semalaman.

Boleh dibuat berlapis ikut kreativiti

Sumber: Ika Junaidi

The following two tabs change content below.

faris

Content champion at Rev Asia
Self-proclaimed foodie yang mahu salam cium tangan pencipta Horlicks Mcflurry.