berita

‘At Least Kamal Ajak Uqasha Bina Masjid, Bukan Buat Maksiat’ – Michael Ang

December 23rd, 2020 | by Amat
Kini Trending

Baru-baru ini, Pencetus Ummah (PU) Rahmat menegur tindakan seorang pelakon lelaki melamar kekasih hatinya secara terbuka di sebuah anugerah popular. Menurut PU Rahmat, trend melamar secara terang-terangan harus dihentikan kerana ianya bercanggah dengan tuntutan ajaran Islam.

Artikel berkaitan: ‘Harap Trend Melamar Secara Terang-Terangkan Dihentikan’ – PU Rahmat

Terbaru, penerbit drama terkenal, Michael Ang menerusi laman Instagram miliknya mendakwa ada pihak yang ‘pilih kasih’ dalam memberikan teguran.

Cepat je korang nak komen

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Dakwa Michael Ang, apa sahaja yang dilakukan oleh artis atau selebriti pasti mendapat perhatian golongan pendakwah bebas ini.  Michael Ang turut menegaskan seharusnya tidak wujud ‘double standard’ dalam memberikan teguran.

Aku tak fahamlah PU ni semua. Bila bab artis je cepat korang nak komen. Sebab apa? sebab kalau korang komen artis, cepatlah korang nak famous? Tapi aku tak faham, bab seangkatan korang, senyap je.

Pasal yang ceraikan bini masa mengandung tu kau senyap je. Pasal dituduh merogol tu kau senyap je. Tapi bila artis-artis, ada je korang nak cakap. Kenapa eh?

Tak tengok ke live tu? Kan Kamal dah kata dia minta kebenaran dekat family semua tu.. Benda tu sweet la to me. At least Kamal ajak Uqasha pergi bina masjid, bukan buat maksiat.

Di akhir video, Michael Ang turut menegur tindakan segelintar penonton drama yang dikatakan gemar memberikan kritikan dan kesimpulan yang kurang tepat tentang sesuatu drama.

Sumber: Michael Ang

SKIP THIS AD ×