
Baru beberapa hari menjalankan ibadah puasa, pelakon, Datin Atikah Suhaime berkongsi telah kehilangan suaranya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Atikah Suhaime Akui Khilaf, Tersentak Suami Tegur Percakapan Makin Kasar – ‘Jangan Sombong, Walaupun Kita Bekerja’
Artikel Berkaitan: Atikah Suhaime Kurang Senang Dengan Sikap Suka Mengata – ‘Boleh Jadi Buli Siber Kalau Biarkan’
Hilang suara

Pemilik nama Nur Atikah Mohd Suhaime, 35, itu berkata perkara itu tidak pernah berlaku dalam hidupnya, sekaligus menimbulkan rasa kerisauan.
Menurutnya, selepas bergelar seorang ibu dia merasakan sistem imun badannya semakin lemah.
Saya kehilangan suara. Baru beberapa hari puasa. Sejak jadi ibu, sistem imun saya agak lemah, sikit-sikit sakit.
Dulu puasa sambil buat siaran langsung (live) jual ubat gigi okay saja.
Kata pelakon drama Si Kolot Suamiku itu, dia sememangnya tidak mempunyai masa untuk berehat pada ketika ini.
Dalam kesempatan itu, Atikah turut meminta orang ramai berkongsi tips mengenai cara untuk memulihkan suaranya yang hilang.
Tolong kongsi tips macam mana nak dapatkan suara saya semula dalam kadar segera?
Saya tiada masa untuk berehat. Saya perlukan penawar atau ubat yang bagus.
Komen netizen

Menjengah ke ruangan komen, segelintir netizen mengambil peluang berkongsi tips yang mereka tahu selain mendoakan kesembuhan untuk Atikah.
Sementara itu, ada yang mencadangkan supaya Atikah berkumur dengan air garam bagi membantu melegakan tekaknya dan memulihkan suara.
Sumber: Threads








