berita

Atiq Azman Kongsi Foto Kekasih? Buat Aksi Mesra Dalam Kereta Siap Main Cuit Pipi & Laga Kepala

December 31st, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Atiq Azman

Tindakan pelakon Atiq Azman memuat naik foto bersama seorang gadis telah mencuri perhatian wargamaya.

Artikel Berkaitan: Posing Tepi Pantai Sambil Tayang ‘Sixpack’, Netizen Tegur Atiq Azman -‘Dulu Acah Jaga Aurat’

Artikel Berkaitan: ‘Berhenti Dengan Mentaliti Bodoh Seperti Ini’- Atiq Azman Berang Dituduh Cari ‘Jantan’

Kekasih?

Atiq Azman

Menerusi perkongsian di Instagram Story, Atiq atau nama sebenarnya Raja Mohammad Atiqullah Syah Raja Azman Syah berkongsi foto bersama seorang gadis yang dikenali sebagai Sya.

Menerusi foto tersebut, mereka berdua kelihatan begitu mesra sambil melakukan beberapa gaya dan reaksi wajah.

Aktor berusia 23 tahun itu juga dilihat mencuit pipi gadis berkenaan dan merapatkan kepala mereka bersama.

Bagaimanapun, pelakon drama Nur itu tidak meletakkan sebarang kapsyen bagi mengesahkan siapakah gadis terbabit.

Sebelum ini, Atiq mendedahkan dia sering menerima mesej berbaur lucah daripada netizen terutama golongan lelaki. Malah, dia pernah dituduh songsang atau ‘gay’.

Sumber: Instagram 

SKIP THIS AD ×