Pempengaruh media sosial Indonesia, Atta Halilintar meluahkan rasa sedihnya terhadap segelintir netizen yang dilihat sering meninggalkan komen yang negatif serta mengutuk anaknya yang masih kecil iaitu Ameena.
Artikel Berkaitan: Isteri Bersalin Cahaya Mata Sulung, Atta Halilintar Tempah Satu Tingkat Hospital Demi Keselesaan Isteri & Seluruh Keluarga
Anak digelar down syndrome
Menerusi hantaran di Instagram (IG), Atta atau nama sebenarnya Muhammad Attamimi Halilintar memuat naik beberapa tangkap layar memaparkan komen dilemparkan segelintir netizen kepada anaknya itu.
Lebih memedihkan, terdapat komen yang mengatakan Ameena kelihatan seperti kanak-kanak down syndrome.
Apa salah anak saya pada anda? Anak saya banyak kurang di mata kalian?
Dipanggil down syndrom, bodoh dan lain-lain. Ini baru sebahagian sahaja, masih ramai lagi yang mengata anak kami
Hairan dengan ibu-ibu yang punya anak tetapi suka mengata anak orang lain.
Tambah Atta lagi, isterinya, Aurel Hermansyah yang kini sedang hamil juga menerima pelbagai komen hinaan daripada wargamaya yang mengutuk Ameena.
Di diamkan seminggu, makin menjadi-jadi pula. Isteri saya yang hamil juga terima DM makian daripada anda. Kesian dia tengah hamil ketika ini.
Tak ada orang tua yang dapat terima bila anaknya dikatakan sebegitu.
Di akhir hantarannya, Atta menasihatkan kepada semua pihak agar tidak membandingkan anak-anak dengan anak orang lain kerana mereka adalah pemberian terbaik oleh Tuhan buat ibu bapa.
Atta juga berharap perkara yang terjadi padanya itu dapat dijadikan sebagai pengajaran buat semua.
Hantaran dimuat naik Atta
View this post on Instagram
Sumber: Instagram