Gambar sekadar hiasan
Polis telah menahan seorang lelaki berusia 66 tahun atas kesalahan mencabul dua orang gadis bawah umur.
Artikel Berkaitan: Cabul & Liwat Remaja Lelaki, Bekas Guru Sekolah Rendah Kekal Dipenjara 14 Tahun
Artikel Berkaitan: Sepasang Kembar Mangadu Sakit Pada Kemaluan, Rupanya Dicabul Bapa Tiri
Artikel Berkaitan: Patutlah Anak Mengadu Sakit Dubur, Rupanya Diliwat Cikgu Sekolah – ’21 Murid Jadi Mangsa Seksual..’
Mangsa adalah cucu & ahli keluarga
Gambar sekadar hiasan
Seorang lelaki warga emas di Jawa Tengah, Indonesia telah melakukan perbuatan tidak senonoh terhadap mangsa yang merupakan cucu dan ahli keluarganya sendiri.
Menurut Ketua Perhubungan Awam Polis, Iptu Gatot Tri Hartanto menjelaskan bahawa kejadian itu terbongkar pada Februari lalu.
Salah salah seorang mangsa yang berusia 13 tahun sedang tidur dihadapan televisyen, tiba-tiba bahagian sensitifnya disentuh suspek dan mangsa adalah saudara kepada suspek.
Walau bagaimanapun, perbuatan tersebut disedari oleh ahli keluarga mangsa. Berang dengan kelakuan melampau warga emas itu, keluarga mangsa tidak berdiam diri dengan bertindak melaporkan kejadian tersebut kepada pihak polis. Tidak lama kemudian, polis segera memberkas suspek.
Dalam pada itu, hasil siasatan polis mendapati bahawa ini bukan kali pertama suspek melakukan hal sedemikian tetapi suspek juga pernah mencabul cucunya sendiri yang berusia 12 tahun.
Suspek telah didakwa mengikut Akta Perlindungan Kanak-Kanak dan jika disabitkan kesalahan suspek boleh di hukum penjara 5 hingga 15 tahun.
Sumber: Kompas