Foto: Tribun News
Polis berjaya memberkas seorang warga emas yang didakwa melakukan serangan seksual terhadap kanak-kanak lelaki sehingga meninggal dunia.
Artikel Berkaitan: Atuk Tergamak Cabul Dua Gadis Bawah Umur, Cucu Sendiri Jadi Mangsa
Artikel Berkaitan: Atok 72 Tahun Ditahan Polis, Mengaku Cabul Anak Jiran Umur 7 Tahun – ‘Tak Bersetubuh, Cuma Pegang-Pegang’
Ramai lagi mangsa
Gambar sekadar hiasan
Insiden tersebut dilaporkan berlaku kira-kira jam 2 petang pada 27 September lalu di Cimanggis, Jawa Barat di Indonesia.
Ketika kejadian, mangsa bersama dua lagi rakannya sedang membonceng motosikal sebelum suspek tiba-tiba datang menghampiri mangsa.
Warga emas berusia 70 tahun itu datang ke arah mereka lalu meramas kemaluan mangsa dengan sangat kuat sehingga menyebabkan kesakitan.
Pada hari yang sama, kanak-kanak tersebut rebah di rumahnya sebelum disahkan meninggal dunia.
Ketua polis Daerah Cimanggis, Komisioner Arief Budiharso berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kes berkenaan pada jam 7 petang dan segera ke lokasi kejadian.
Hasil siasatan awal mendapati mangsa berusia 12 tahun tersebut didakwa meninggal dunia akibat keganasan seksual iaitu mengalami kecederaan pada bahagian kemaluannya.
Bagaimanapun, polis masih lagi menunggu hasil bedah siasat daripada pihak hospital.
Sementara itu, polis turut membongkar bahawa terdapat beberapa orang kanak-kanak lelaki lain yang turut menjadi mangsa.
Difahamkan, suspek disifatkan sebagai seorang yang waras, rajin beribadah di masjid dan mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat setempat.
Sumber: Detik News, Tribun News