berita

‘Auntie Love Boleh Tolong Oyak Ko Allah’ – Masih Sedih Kehilangan ‘Mamaje’, Apa Yang Dilakukan Neelofa Terhadap Fatimah Ini Dipuji

June 20th, 2019 | by Amat Larbsib
Lensa Insta

Pemergian chef selebriti, Adamdidam ternyata meninggalkan kesan buat adik-beradik The Family UK. Adam merupakan bapa saudara kepada kanak-kanak viral, Fatimah London dan hubungan antara mereka sangat akrab. Bukan sahaja itu, Fatimah juga mempunyai hubungan yang mesra dengan pengacara popular Neelofa. Sepastinya pengacara itu mengikuti perkembangan The Family UK di Instagram.

Semasa Neelofa menunaikan ibadah di Mekah tempoh hari, dia sempat bertanya khabar dan membantu menunaikan ‘hajat’ Fatimah. Baik sungguh hati Neelofa.

I need her to help tell Allah to send back Mamajee

Menerusi Instagram The Family UK tempoh hari dimuatnaik sebuah foto menyaksikan Fatimah sedang berdoa selepas selesai bersolat dengan kapsyen yang sangat menyentuh hati. Fatimah amat terkesan akan pemergian bapa saudaranya itu.

Dia turut meluahkan hajat kepada Neelofa untuk membantunya menyampaikan pesanan dan doa kepada Allah untuk dipinjamkan Adamdidam buat seketika walaupun seminit. Dia turut berjanji akan memulangkan kepada selepas waktu itu.

She spoke to Fatimah 

Walaubagaimanapun, Fatimah berpeluang untuk berkomunikasi dengan Neelofa sewaktu pengacara itu menunaikan ibadah di Kaabah tempoh hari. Neelofa sempat meluangkan masa bersama Fatimah dan menunjukkan rumah Allah iaitu Kaabah. Malah, dia cuba untuk memujuk hati Fatimah yang tengah lara untuk menerima hakikat akan pemergian bapa saudaranya.

Mamajee would be so happy to know that


Bukan hanya itu, Neelofa berada di Kaabah sehingga waktu selepas Isyak dan sempat menelefon pula untuk bercakap dengan Omar dan Ali. Tiada kata-kata yang dapat diungkap dengan kebaikan yang telah dilakukan Neelofa.

The Family UK turut mendoakan kesejahteraan hati budi Neelofa. Sudah tentu Adamdidam akan berasa gembira apabila mengetahui usaha dan tindakan yang telah dilakukan Neelofa itu.

Sumber: The Family UK