berita

Avatar Sebenarnya Asal Kelantan…

June 22nd, 2020 | by Azizi Rahman
Kini Trending

Pelawak YouTube, Yoe Parey telah menarik perhatian netizen apabila memuat naik gambar yang memaparkan gaya rambut yang unik dan melucukan. Foto berkenaan dikongsi menerusi laman Instagram miliknya. Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat Yoe yang bersahaja ketika sedang menggunting rambut.

Nilah jadinya bila dapat gunting rambut free

Kalau dapat gunting free macam nilah jadinya. Ikut dialah nak buat macam mana pun, kita nak tahan je.

Menurutnya, inilah terjadi apabila mendapat khidmat gunting rambut secara percuma. Dia hanya mampu bertahan dan ikut kehendak tukang gunting rambut. Lebih melucukan, gaya rambut berkenaan mirip kepada satu karakter kartun Avartar dikenali sebagai Ang yang cukup popular dengan gaya rambut botak manakala terdapat lukisan tanda anak panah menghala ke dahi.

Macam Avatar

Netizen terhibur

Rata-rata netizen terhibur dengan gelagat yang ditunjukkan oleh Yoe. Ada yang menyatakan dia seorang yang comel apabila mengenakan gaya rambut begitu. Selain itu, ada juga ingin mengetahui rahsia pemakanan Yoe sehingga memiliki tubuh badan yang sasa.

Sumber: Yoe Parey

The following two tabs change content below.

Azizi Rahman

Content Champion at Rev Asia Berhad
Semoga dunia kembali pulih!

SKIP THIS AD ×