berita

‘Awak Dengan Mulut Jalang Fikir Boleh Tutup Dengan Tudung’ – Aishah Azman Dakwa Alergik Ubat, Isteri Afiq Muiz Tunjuk Bukti Mata Lebam

December 1st, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Nama aktor Afiq Muiz tiba-tiba hangat diperkatakan di media sosial selepas didakwa memukul isteri, Pachara Apin, sehinggakan patah jari dan kaki.

Pelakon Aishah Azman yang berang dengan tuduhan kaki pukul itu mendakwa kakak iparnya sengaja menabur fitnah dan memutar belit cerita menjadikan dirinya sebagai mangsa keadaan.

Artikel Berkaitan: Bengang Afiq Muiz Dituduh Kaki Pukul, Aishah Azman ‘Spill Tea’ Perangai Kakak Ipar – ‘Curang Dengan Suami, Minum Arak, Pergi Club’

Artikel Berkaitan: Isteri Dakwa Dipukul Sampai Patah Kaki & Jari, Afiq Muiz Buat Laporan Polis

Allah lebih hebat dari perbuatanmu

Enggan berdiam diri, Pachara mendedahkan bukti foto yang memaparkan kecederaan yang didakwa dilakukan oleh Afiq.

Dalam hantaran tersebut, Pachara berkongsi keputusan x-ray di bahagian jari.

Menerusi kapsyen yang ditulis, Pachara mendakwa dia sudah dizalimi oleh Afiq sejak tiga tahun lalu.

Tunjuk perbezaan alahan dengan dipukul

Sementara itu, di hantaran lain, Pachara memuat naik foto yang menunjukkan perbezaan mata kena alahan dengan dipukul.

Sebelum ini, di Instagram Stories, Aishah mendakwa Pachara terkena alahan ubat bukan dipukul abangnya seperti yang disebarkan.

Semalam, Afiq tampil mempertahankan diri dengan membuat laporan polis di Balai Polis Dengkil.

Sekadar info, Afiq dan Pachara mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2019.

Sumber: Instagram @patch_pmt

SKIP THIS AD ×