berita

‘Awak Teringin Ada B*bi Tak Dalam Rumah?’ – Netizen Bikin Sharnaaz Meradang Lagi

August 16th, 2018 | by faris
Kini Trending

Sebelum ini pelakon Saharul Ridzwan pernah menerima ugutan bunuh hanya kerana penonton terlalu marah dengan watak Shah dalam drama Jangan Benci Cintaku. Malahan, Niena Baharun turut terkena tempiasnya apabila ada netizen yang menghantar mesej yang mengugut mahu menendang sehingga dia keguguran!

Sedang bersiaran di slot Akasia ketika ini adalah Cinta Bukan Kristal lakonan Sharnaaz Ahmad dan Ayda Jebat. Drama berkenaan mendapat sambutan hangat penonton sehinggakan ada yang terlalu marah dengan abang ipar kepada Neelofa.

‘Dah yang pasti Sharnaaz babi dalam tu..’

Mungkin kerana terlalu terkesan dengan lakonan mantap Sharnaaz, seorang netizen menggelar Sharnaaz dengan kata-kata kesat. Antara lain dia merujuk kepada watak Sharnaaz yang sudah beristeri dan mempunyai 2 anak namun masih berlaku curang.

Ini respon Sharnaaz

Sharnaaz kemudiannya membalas tweet berkenaan dengan sinis bertanyakan jika individu itu teringin mempunyai babi di dalam rumahnya untuk peliharaan. Respon pedas berkenaan diakhiri dengan emoticon senyum.

Memang marah betul!

Individu berkenaan turut meluahkan kemarahannya menerusi beberapa tweet. Kebanyakannya berkisar mengenai watak-watak dalam drama itu yang disulami dengan kata-kata kesat. Namun akaun berkenaan dilihat meletakkan pada mode private setelah Sharnaaz membalas tweetnya sebelum itu.

Sumber: Sharnaaz Ahmad

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×